Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 April, 2020

Bengkel dan BPN hidupkan suasana di Bandar Simanggang



SIMANGGANG: Bandar Simanggang kelihatan 'meriah' bermula awal pagi semalam walaupun arahan Perintah Kawasan Pergerakan (PKP) masih dikuat kuasa pada masa sekarang.

Hasil tinjaun rambang Utusan Sarawak mendapati bahawa dipercayai terdapat dua faktor yang menyebabkan bandar ini dikunjungi oleh ramai penduduk iaitu pembukaan bengkel kenderaan dan pemeriksaan duit Program Bantuan Prihatin Nasional (BPN) di bank-bank.

"Bengkel saya menerima kedatangan ramai pelanggan lama dan muka baharu semenjak kerajaan membenarkan perkhidmatan kami dibuka sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP ini.

"Bagi saya ini menunjukkan bahawa operasi bengkel adalah merupakan perkhidmatan penting yang diperlukan oleh penduduk untuk membaiki kenderaan dan membeli alat ganti ketika waktu getir," kata sebuah pemilik bengkel di bandar ini.

Peniaga itu yang enggan namanya disiarkan di sini merakamkan penghargaan terhadap kerajaan kerana membenarkan bengkel beroperasi semula dan sekali gus membantu para pekerjanya untuk mencari nafkah ekoran perlaksanaan PKP tersebut.

Sementara itu tinjauan lanjut Utusan Sarawak ke bank di sini mendapati bahawa terdapat sebahagian penduduk bertindak membuka akaun baharu kerana ingin melakukan permohonan semula BPN.
Henry Kunjan, 42, dari Pedalai, Engkilili berkata dia diminta untuk mengemukakan permohonan BPN secara talian dan terpaksa membuka akaun bank baharu sekiranya bantuan itu diluluskan kelak.

"Saya tidak pernah memohon Bantuan Sara Hidup sebelum ini. Atas sebab itulah apabila saya memeriksa BPN secara atas talian, saya dikehendaki melakukan permohonan semula dan berharap agar ia diluluskan kelak.

"Lagi pun saya amat memerlukan bantuan BPN tersebut sebagai seorang bujang kerana bekerja sendiri pada waktu PKP ini adalah amat sukar disebabkan oleh batas pergerakan di lokasi kita sendiri pada masa sekarang," kata lelaki berkenaan.

Pemerhatian lanjut Utusan Sarawak mendapati bahawa suasana 'kemeriahan' dalam bandar ini mula berkurangan menjelang waktu tengah hari seperti keadaan biasa sebelum perlaksanaan PKP pada 18 Mac lepas.
Tamat



No comments:

Post a Comment