Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 April, 2020

509 KIR dari 28 Kampung Zon C Pantu terima bantuan makanan




PANTU: Sejumlah 509 Ketua Isi Rumah (KIR) dari 28 buah kampung dalam Zon C (Daerah Pantu) telah menerima bantuan bekalan makanan daripada Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin baru-baru ini.

Proses pengagihan kesemua bantuan makanan berkenaan telah pun berlangsung di tiga lokasi iaitu Balai Raya Kampung Selantik Ili, Rumah Sepitson Kampung Rapak dan Balai Raya Kampung Aman di sini.

Kesemua KIR berkenaan telah menerima 'Food Basket' berupa beras, mee, telur ayam, serbuk kopi, gula dan biskut dengan kesemua agihan bantuan makanan tersebut bermula pada jam 8 pagi.

Pengagihan bantuan makanan di ketiga-tiga lokasi berkenaan telah pun diselaraskan oleh Kaunselor Collin sambil dibantu oleh 15 orang kakitangannya dengan menggunakan lima buah lori 3 Tan.

"Terlebih dahulu, kesemua bantuan bekalan makanan yang disalur oleh pihak Pusat Khidmat Rakyat N30 Balai Ringin berkenaan telah pun dikumpul oleh para kakitangan di Depo Balai Ringin.

"Ia kemudiannya diagih ke lokasi ini dengan dua atau tiga wakil dari setiap rumah panjang  dibenarkan mengambil bekalan makanan tersebut bagi mematuhi arahan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," kata jurucakapnya.

Bagaimanapun pengagihan yang berlangsung di tiga lokasi tersebut katanya tidak meliputi jumlah keseluruhan bagi zon C yang mempunyai sejumlah 1,560 KIR dari 93 buah kampung.

"Secara keseluruhannya proses agihan bekalan makanan di ketiga-tiga lokasi berkenaan telah berjalan dengan lancar tanpa berlakunya sebarang isu dan kesulitan dalam kalangan penerima di sini,"kata jurucakap tersebut.

Jurucakap tersebut turut menambah Pusat Khidmat Rakyat ADUN Balai Ringin akan terus mengagih 'Food Basket' tersebut ke kawasan Zon A (Daerah Serian), Zon B (Daerah Simunjan) dan Zon C (Daerah Kecil Pantu) di lokasi yang terpilih pada PKP ini nanti.

Tamat

No comments:

Post a Comment