Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 April, 2020

Pokok tumbang ganggu lalu lintas di Jalan Paip, Sri Aman


SIMANGGANG: Petugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sri Aman telah bergegas ke kawasan Jalan Paip dalam bandar ini untuk melakukan kerja memotong dan membersih pokok tumbang di situ lewat pagi tadi.

Pegawainya Kapten (PA) Siti Huzaimah Ibrahim berkata kerja tersebut dilaksanakan setelah penduduk di kawasan berkenaan mendapati laluan Jalan Paip terhalang disebabkan oleh masalah tersebut.

"Sebaik sahaja menerima panggilan daripada penduduk pada jam 11.50 pagi, pihak kami telah segera mengarah petugas untuk ke lokasi berkenaan untuk memeriksa keadaan kejadian itu di kawasan tersebut.

"Para petugas mendapati separuh daripada laluan jalan telah ditutup oleh pokok berketinggian 10 meter dan mengakibatkan masalah lalu lintas dalam kalangan pengguna kenderaan di kawasan itu,"kata beliau.

Para petugas kata Siti segera melakukan kerja memotong pokok dan membersih semula laluan tersebut dengan masalah lalu lintas di situ akhirnya berjaya diselesaikan dalam tempoh 30 minit.

"Kami percaya cuaca hujan lebat sebelum ini telah menyebabkan struktur akar pokok tersebut menjadi lemah sebelum ia tumbang dan menutup sebahagian laluan Jalan Paip berkenaan.

"Justeru saya ingin menasihatkan penduduk agar berhati-hati ketika memandu dan segera menghubungi kami di talian 083320973 jika berlaku masalah seperti itu di kawasan mereka kelak,” kata Siti.
Tamat

No comments:

Post a Comment