SIMANGGANG: Penularan pandemik COVID-19 nyata tidak
menghalang petugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sri Aman
untuk berbakti kepada penduduk di sini.
Ia terbukti apabila para petugas APM telah bergegas ke
Kampung Sri Wangi, Kejatau untuk membantu sebuah keluarga yang sedang
menghadapi situasi kecemasan di situ awal pagi semalam.
"Pihak kami telah menerima panggilan pada jam 7.37
pagi daripada pengadu di situ yang melaporkan bahawa salah seorang daripada
ahli keluarganya tidak mampu berjalan setelah terjatuh di dalam bilik mandi.
"Sebaik sahaja menerima panggilan, pihak kami segera
menghantar petugas ke kediaman pengadu untuk membantu menyelesai masalah
kecemasan tersebut," kata Pegawainya, Kapten (PA) Siti Huzaimah Ibrahim.
Sebaik sahaja tiba, para petugas katanya mendapati bahawa
ahli keluarga pengadu yang mengalami masalah kecemasan tersebut adalah
merupakan seorang wanita warga emas dan tidak mampu berjalan kerana mengalami
kesakitan pada bahagian pinggang.
Para petugas kata Siti segera memberi bantuan awal kepada
wanita warga emas tersebut dan segera dihantar ke wad kecemasan hospital di
sini untuk menerima rawatan lanjut daripada pihak pegawai perubatan.
"Para petugas kemudiannya berangkat pulang ke bilik
gerakan APM di sini setelah berpuas hati melihat keadaan wanita warga emas
berkenaan yang sedang menerima rawatan lanjut di wad kecemasan hospital
tersebut," kata beliau.
Justeru Siti dinasihat orang ramai di kawasan ini agar
segera menghubungi pihak APM Daerah Sri Aman di talian 083-320973 jika mereka
mengalami situasi kecemasan di penempatan masing-masing kelak.
No comments:
Post a Comment