UNTUK KENANGAN...Pegawai Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Daerah Sri Aman, Leftenan Kolonel Bajuri Haji Adom (tengah) merakamkan gambar kenang-kenangan bersama pasukan RELA Sri Aman yang mengambil bahagian dalam Kursus Ketua Platun RELA Siri 1 / 2009 bertempat di Kampung Pandan, Lundu, Kuching bermula dari 6 hingga 12 April lalu. Kursus terbabit yang telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, merangkap Leftenan Kolonel Kehormat Pasukan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Lundu, Ranum anak Mina ini telah disertai seramai 157 orang pegawai RELA negeri ini. Turut kelihatan ialah Penolong Pegawai RELA Daerah Sri Aman, Mejar (RELA) Joshua Ijau (kanan beliau).
No comments:
Post a Comment