LUBOK ANTU, Jumaat (3 April) - Dakwaan pihak pembangkang yang mengatakan kerajaan tidak serius dalam pelaksanaan projek bekalan elektrik ke kawasan luar bandar dan pedalaman adalah tidak berasas sama sekali.
Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II Sarawak, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini kerana kerajaan membelanjakan sejumlah RM300 juta untuk menyediakan bekalan elektrik di kawasan luar bandar dan pedalaman bagi tahun 2009-2010.
Menurutnya, ia termasuk kira-kira RM10 juta telah digunakan oleh kerajaan menyediakan bekalan elektrik di penempatan rumah-rumah panjang di seluruh negeri.
``Kerajaan negeri telah memperoleh sebanyak RM150 juta peruntukkan pada tahun ini untuk bekalan elektrik di luar bandar dan pedalaman manakala bakinya mungkin untuk tahun depan.
``Kita jangkakan sebanyak 85 peratus rakyat di negeri ini bakal menikmati bekalan elektrik 24 jam pada tahun 2010,'' katanya kepada pemberita di Kaong Ili, Lubok Antu malam tadi.
Dalam pada itu, Awang Tengah berkata, tidak semua penempatan rumah panjang dapat dibekalkan dengan bekalan elektrik menggunakan kaedah sambungan grid ekoran masalah topografi Sarawak yang bergunung-ganang.
Bagaimanapun katanya, kerajaan menggunakan kaedah alternatif bagi membekalkan elektrik kepada penduduk rumah panjang terbabit seperti kaedah janakuasa, solar dan hidro mini.
Tambahnya, meskipun teknologi tersebut khususnya sistem solar tidak begitu baik seperti sistem grid, tetapi kerajaan sentiasa memperbaiki malah mempunyai teknologi baru untuk mengatasi masalah berkenaan.
``Walaupun negeri ini mempunyai kekayaan dan kewangan, namun kerajaan tidak boleh membuat projek seumpama itu sesuka hati.
``Memang ada kawasan yang langsung tidak dapat disambungkan dengan grid, maka kita mengatasi masalah tersebut dengan menyediakan kaedah alternatif,'' katanya.
habis

No comments:
Post a Comment