Penulis masih lagi ingat ketika membuat liputan berita mengenai salah sebuah program di Kampung Melayu, Lubok Antu ketika berlangsungnya musim pilihan raya kecil DUN Batang Ai dari 29 Mac hingga 7 April lalu. Majlis terbabit ternyata dihadiri oleh ramai golongan remaja, kanak-kanak dan ibubapa dari sekitar kawasan daerah kecil terbabit.
Dirasmikan oleh seorang menteri kabinet persekutuan dari Sabah, rata-rata golongan remaja dan kanak-kanak itu kelihatan begitu ceria dan bersemangat ketika memeriahkan suasana sambutan majlis berkenaan. Mereka kelihatan cukup gembira seolah-olah majlis itu berlangsung pada hari yang biasa sebelum pilihan raya.
Bagaimanapun ada sesuatu yang merunsingkan fikiran penulis ketika menghadiri majlis terbabit. Hampir kesemua remaja dan kanak-kanak ini memakai topi dan uniform Barisan Nasional (BN). Bila menteri kabinet berkenaan melaungkan hidup Barisan, mereka juga turut sama melaungkannya. Bersemangat.
Adakah wajar remaja dan kanak-kanak dipolitikkan ketika berlangsungnya kempen pilihan raya kecil itu tadi? Apakah maksud politik di mata dan fikiran hati golongan remaja dan kanak-kanak berkenaan agaknya? Untuk kepastian penulis telah bertindak memanggil seorang peserta remaja perempuan berusia 16 tahun sebaik sahaja selesai majlis berkenaan
Penulis: Adik dari mana?
Peserta: Dari Sri Aman.
Penulis: Jauh datang ke sini (Lubok Antu) ....kenapa?
Peserta: Oh..kami memang di bawa ke sini untuk memeriahkan majlis.
Penulis: Tadi bersemangat ya melaungkan hidup BN bersama menteri ..he he he..
Peserta: Abang nak mengorat saya ke? Hihihi
Penulis: Tidak. Adik masih muda. Ketiak masih berbau.
Peserta: Alah...Siti pun kawin dengan orang tua juga..Datuk K.
Penulis: (...................) Ok kita lupakan pasal hal ini. Ni abang nak tanya. Siapa Barisan pada pendapat adik?
Peserta: BN kah? Oh BN ialah kerajaan.
Penulis: Jadi Parti KeAdilan Rakyat (PKR) macam mana?
Peserta: PKR itu pembangkang. Tak patut disokong. Kenapa abang tanya ni? Abang orang PKR ke?
Penulis: Kami ni puak neutral.
Peserta: Betul ke? Abang ni wartawan akhbar mana?
Penulis: Mana boleh cakap. Eh ni nak tanya semula. Adik tahu apa itu politik?
Peserta: Erm politik berkaitan dengan kuasa. Macam pilihan raya kecil ini misalannya kerajaan lawan pembangkang. Siapa menang dia dapat kuasa.
Penulis: Siapa kerajaan dalam pilihan raya kecil ni?
Peserta: Mestilah BN.
Penulis: Oh begitu....misalnya lah sekarang di pilihan raya kecil ini kalau PKR yang jadi kerajaan...so adik panggil BN apa pulak?
Peserta: Ermm..tak tahu. Kerajaan juga lah kot. hihihi.
Penulis: Jadi kiranya kerajaan vs kerajaan lah kalau macam tu?
Peserta: Ish abang ni kenapa tanya pasal politik pulak?
Penulis: Sebab tadi abang tengok adik yang paling bersemangat laungkan hidup BN.
Peserta: Itu sebab saya sayangkan BN. Sebab pembangunan datang hanya dari BN.
Penulis: Betul sebab BN yang meneraju kerajaan kita sekarang. Tapi abang nak tanya adik.
********** tiba-tiba seorang kanak-kanak lelaki muncul di sisi peserta perempuan terbabit dan menjerit: " BN orang baik. PKR orang jahat!" ********************
Penulis kemudiannya mengelengkan kepala dan terus beredar meninggalkan mereka berdua. Di usia yang masih mentah dan tidak tahu selok-belok pasal politik ternyata amat mudah sekali bagi golongan seumpama itu dipolitikkan. Wajar atau tidak? Tepuk dada tanya selera.
No comments:
Post a Comment