LUBOK ANTU, Sabtu (4 April) – “Anwar, kami enda nyukung nuan ah..!.”demikian menurut kata-kata menurut bahasa Iban yang dinyatakan kepada Penasihat Umum Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh seorang ketua kaum ketika beliau turun padang untuk berjabat tangan dengan orang ramai di Pekan Lubok Antu pada 2 April lalu.
Jika kata-kata dalam Bahasa Iban berkenaan dialih dalam Bahasa Melayu, kata-kata terbabit sebenarnya berbunyi seperti ini: “Anwar, kami tidak menyokong kamu ah..,”.
Kata-kata yang dinyatakan oleh Tuai Rumah Lagan anak Ambak dari Empit , Lubok Antu terhadap pemimpin De Facto pihak pembangkang itu mungkin kedengaran biasa bagi penduduk kaum Dayak di situ.
Namun yang menariknya di sini ialah kata-kata dalam Bahasa Iban tersebut telah diluahkan di hadapan seorang pemimpin terkemuka pihak pembangkang yang belum diketahui setakat ini sama ada boleh memahami Bahasa Iban atau tidak.
Lagan bersama rakannya Jakung sedang berada di Pekan Lubok Antu ketika dalam perjalanan menuju ke Bilik Operasi Barisan Nasional (BN) untuk tujuan rasmi tertentu ketika Anwar bersama calon Parti KeAdilan Rakyat (PKR) iaitu Jawah Gerang dan beberapa orang penyokonganya tiba di pasar untuk berjabat tangan dengan orang ramai.
Kedua-dua mereka sedang berteduh di bawah sebatang pokok apabila Anwar datang kepada mereka untuk berjabat tangan dengan tuai rumah tersebut.
“Apabila dia sedang berjabat tangan dengan saya terus saya katakan kepadanya bahawa: Anwar, kami enda nyukung nuan ah..!,” katanya sambil menambah bahawa pemimpin pembangkang terbabit seolah-olah tidak faham dengan pertuturan Bahasa Iban.
Bagaimanapun kata-kata beliau terhadap Anwar mungkin boleh difahami oleh Jawah kerana calon PKR terbabit kebetulannya berada di belakang pemimpin pembangkang tersebut untuk berjabat tangan dengan orang ramai di pasar berkenaan.
“Sama ada dia faham atau tidak itu saya tidak peduli,” katanya ketika bercerita mengenai hal terbabit terhadap Utusan Sarawak.
Anwar sedang berkempen di Batang Ai pada masa sekarang untuk membolehkan calon partinya iaitu Jawah Gerang menang pada pilihan raya kecil DUN Batang Ai pada 7 April ini.
Tamat.

No comments:
Post a Comment