Caption: SELAMAT HARI ESTER...Philip (depan) bersama pembantunya Joseph Sayang (belakang) sedang berjabat tangan dengan penduduk sebaik sahaja selesai upacara sembahyang bersempena dengan sambutan Hari Ester baru-baru ini.
SRI AMAN, Isnin (13 April) – Seramai 70 orang penganut agama Kristian dari sekitar daerah kecil Pantu, Sri Aman memeriahkan suasana sambutan Hari Ester di Gereja Saint Stephen Pantu yang disambut secara serentak di seluruh dunia pada hari Jumaat lalu.
Mengikut tradisi Kristian, Hari Ester yang juga dikenali sebagai Hari Good Friday diadakan bagi mengingati peristiwa Nabi Isa atau Jesus yang dihukum mati di kayu salib oleh pemerintah Rome pada hari berkenaan sebelum bangkit dari kematian tiga hari kemudian.
Kesemua 70 orang penganut di Pantu telah berkumpul di Gereja Saint Stephen seawal jam 7.30 pagi sebelum ketua gerejanya iaitu Reverend Father Philip Mang bersama pembantunya memulakan upacara sembahyang Hari Ester berkenaan pada jam 8 pagi.
Upacara sembahyang bersempena dengan sambutan Hari Ester ini berlangsung selama dua jam sebelum kesemua penduduk yang hadir bersurai pada jam 10 petang untuk meneruskan ibadat puasa masing-masing yang telah bermula sebelum terbitnya matahari pada hari tersebut sehingga jam 3 petang pada hari yang sama.
Sambutan Hari Ester di Pantu kemudiannya diteruskan dengan upacara bersembahyang demi menanti hari kebangkitan Jesus bertempat di gereja yang sama bermula dari jam 8 malam pada hari Sabtu lalu.
Rata-rata jumlah penduduk beragama Kristian yang hadir pada malam berkenaan membawa lilin masing-masing untuk bersembahyang dan berdoa sehingga ucapara terbabit selesai pada jam 10 malam.
“Sesungguhanya sambutan Hari Ester ini telah mendekatkan diri semua penganut Kristian di Pantu dengan penciptanya iaitu Tuhan Bapa bersama Anak Tunggalnya iaitu Jesus Kristus.
“Hari kematian dan kebangkitan semula Jesus adalah sebuah peristiwa yang harus diperingati oleh semua penduduk Kristian di dunia kerana tanpa Kristian tidak akan wujud tanpa peristiwa itu, “ kata Mary Anis.
Sambutan Hari Ester di Pantu juga telah dimeriahkan lagi dengan Majlis Makan Malam bertempat di dewan gereja berkenaan yang telah menghimpunkan lebih 100 orang penganut agama Kristian di Pantu malam tadi.
Tamat.

No comments:
Post a Comment