Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 April, 2009

Insentif Pendidikan untuk anak-anak pengedar CNI - Thien

SRI AMAN, Khamis (16 April) – Para pengedar syarikat Creative Network International (CNI) di bandar Sri Aman diharap agar tidak melepaskan peluang untuk memohon Insentif Pendidikan Anak-Anak Pengedar CNI yang bakal ditutup pada 23 Mei ini.

Pengurus Pengendalian Pusat CNI cawangan Sri Aman, Thien Siew Chiang berkata insentif pendidikan ini adalah merupakan salah satu usaha pihak CNI untuk membantu kebajikan para pengedar produk mereka di negara ini.

“Semenjak ianya dibuka pada 1 April lalu, permohonan Insentif pendidikan terbabit telah ditawarkan kepada semua anak-anak pengedar CNI di seluruh negara yang menuntut dalam kategori Sekolah Rendah dan Menengah.

“Pemohon bagi kategori Sekolah Rendah dari Darjah 1 hingga 3 perlu memperoleh gred A bagi matapelajaran Matematik, Moral / Agama Islam dan Sains serta mendapat sekurang-kurangnya 2A 1B bagi matapelajaran Bahasa Malaysia, Cina / Tamil atau Inggeris menerusi keputusan peperiksaan akhir tahun 2008.

“Manakala pemohon kategori Sekolah Rendah dari Darjah 4 hingga 5 pula perlu mendapat satu lagi A untuk matapelajaran Kajian Tempatan dan pemohon dari Darjah 6 perlu mendapat sekurang-kurang 4A bagi keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2008,” katanya.

Sementara itu bagi kategori Sekolah Menengah, pemohon dari Kelas Peralihan Tingkatan 2 hingga 4 perlu mendapat sekurang-kurangnya 4A (termasuk 2 subjek Bahasa) dan 2B dengan gred B ke atas bagi mata pelajaran Matematik menerusi keputusan peperiksaan akhir tahun 2008.

Pemohon yang menggunakan sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008 kata Thien harus memperoleh sekurang-kurangnya 6A 1B manakala pemohon SPM 2008 pula perlu kredit dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan memperolehi agregat tidak melebihi 15 markah bagi enam buah subjek.

“Mereka yang menggunakan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2008 pula harus lulus semua subjek dan memperoleh agregat melebihi 3.0 markah,” katanya.

Pemohon bagi kategori Sekolah Rendah yang berjaya akan merima insentif pendidikan bernilai RM40 (baucer tunai) dengan sijil penghargaan manakala pemohon Sekolah Menengah yang berjaya pula akan merima insentif pendidikan bernilai RM60 juga beserta dengan sijil penghargaan.

“Pemohon berkelayakan yang menggunakan sijil SPTM 2008 pula akan menerima insentif wang tunai bernilai RM80 beserta dengan sijil penghargaan. Ini adalah faedah menarik yang harus tidak dilepaskan oleh para pengedar CNI di bandar ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment