Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

01 April, 2009

PKR kena boikot di Sebangki Panjai

LUBOK ANTU, Isnin (30 Mac) – Majoriti penghuni Rumah Jubang Bin, Sebangki Panjai, Lubok Antu telah memboikot kehadiran sebuah kumpulan penyokong Parti KeAdilan Rakyat (PKR) yang mahu berkempen di rumah panjang berkenaan malam tadi.

Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) kawasan Batang Ai, Edwin anak Raoh yang juga merupakan salah seorang penghuni rumah panjang terbabit berkata demikian ketika ditemui Utusan Sarawak di sini hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa kumpulan terbabit yang terdiri daripada 15 orang ahli telah tiba di rumah panjang mereka dengan menggunakan sebuah van dan kereta sekitar jam 8.15 malam tadi.

“Para penghuni rumah panjang sedang sibuk berbual di ruai bilik masing-masing pada waktu malam tadi apabila sekumpulan penyokong PKR tiba untuk berkempen di rumah panjang kami.

“Sebaik sahaja tiba, kumpulan penyokong PKR terbabit kemudiannya bertandang ke ruai salah seorang penghuni rumah panjang kami dan mula menyampaikan ceramah berhubung pilihan raya kecil Dewan Undangan Kecil (DUN) Batang Ai ini,” katanya.

Para penghuni rumah terbabit yang majoritinya menyokong Barisan Nasional (BN) selama ini kemudiannya bertindak memasuki bilik masing-masing dan seterusnya menutup lampu ruai mereka.

Manakala para penyokong PKR terbabit meneruskan ceramah mereka di ruai milik salah seorang penghuni rumah panjang terbabit yang dipercayai sebelum ini pernah tidak sehaluan dalam hal politik dengan para penghuni bilik yang lain.

“Kumpulan penyokong PKR berkenaan kemudiannya beredar dari rumah panjang kami setelah menyampaikan ceramah politik mereka selama satu jam di ruai bilik salah seorang penghuni.

“PKR tidak mendapat tempat di kalangan majoriti penghuni rumah panjang Sebangki Panjai. Ini demokrasi...jika mereka mahu berkempen di sini itu adalah tidak salah tetapi kami tidak akan melayan kedatangan mereka,” katanya.

Tamat.


4 comments:

  1. Kena nunjuk ke "how shallow" politics ba bansa Iban. You must hear from both sides then make your decision??

    No wonder 45 taun baka ari pun. Mentality enda kala berubah, agi baka ka nutuo diri diau ba lubang gua, kasih amat after 45 yrs.

    ReplyDelete
  2. saudara pengarang,
    saya adalah seorang daripada penghuni rumah panjang berkenaan dan sebagai seorang yang berpelajaran sepatut nya pekara tak sepatutnya berlaku. katanya demokrasi tetapi apa yang telah terjadi memalukan seluruh penduduk khususnya kaum iban sendiri. masalah berlaku kerana ada segelintir penyokong BN yang terlampau ekstrim terhadap politik kerana mereka tidak memahami dengan jelas apa itu politik. saya mempertikai kan tindakan penduduk kampung saya sendiri kenapa pada hari penamaan calon sebelah malam ada beberapa penyokong PKR dari Sabah yang datang berkempen ke rumah panjang Sebangki Panjai tidak dihalau seperti yang berlaku sebelumnya? silalah beri penjelasan? sebagai negara yang mengamalkan demokrasi tak kira siapa2 yang datang berkempen hendaklah diterima dengan hati yang terbuka kerana sebagai orang iban kita dilahirkan dengan adat resam yang kuat dan mengamalkan politik ekstrim ni akan meruntuhkan nilai adat resam yang ada pada kaum kita. siapa yang menanggung malu? kaum iban...sedarlah wahai penduduk kampung ku sendiri buanglah politik lama kau orang semua. tak akan ada faedahnya. menang atau kalah kita pun masih dalam keadaan yang sama. tahun ni kita balik pun masih juga rumah panjang sebangki tu beratapkan atap baru sebelah dan atap yg lama di sebelah. yang penting bagi kita sekarang, sekolah kan anak2 kita supaya belajar tinggi dan gunakan sebaiknya peruntukan kerajaan untuk menyekolah kan anak kita. banggakan diri kita dengan anak kita yang memperolehi keputusan yang cemerlang dari kita berbangga menjadi orang yang ekstrem berpolitik. contohilah politik di semenanjung terutamanya di kelantan dan terengganu.

    sekian...anak sebangki panjai

    ReplyDelete
  3. Kepada saudara,

    Thanks 4 the komen. Budaya politik di Sarawak sekarang ini nampaknya telah mengunci minda politik penduduk rumah panjang kita.

    Anda prihatin terhadap masalah politik yang melanda penduduk bumiputera kita terutamanya Iban.

    keep it up! :)

    ReplyDelete
  4. nama kebuah mentality iban nda berubah? kitai mesti muka runding kitai enggau terbuka/ terima meh dunya politik deka berubah bila- bila masa lalu nda semestinya BN belama nyadi perintah. lapa nda meri peluang nagagai party bukai deh menyadi/ kaban? kada nda jalai penemu/chara ti dibai sida bebida agk lalu tau ngasoh kitai bansa berubah idup serta pendiau. sama- sama meh kitai berunding. nama utai kenangi ke enti nda nyukung BN anak uchu nda gawa perintah? lapa kita nda meda pia bida enti anak uchu kita gawa kompeni( gaji besai ) tang ti kereja perintah gaji semina chukup makai?.....

    ReplyDelete