Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

01 April, 2009

PROSTAR Sri Aman melawat ke Karnival Pameran Pengajian Tinggi di Kuching


Caption: UNTUK ALBUM...Para guru pengiring dan ahli PROSTAR Sri Aman bergambar kenangan ketika mengadakan lawatan ke Karnival Pameran Pengajian Tinggi Kuching baru-baru ini.

SRI AMAN, Rabu (1 April) – Kelab Program Sihat Tanpa AIDS Untuk Remaja Malaysia (PROSTAR) Sri Aman telah mengadakan lawatan ke Karnival Pameran Pengajian Tinggi di Stadium Perpaduan Kuching baru-baru ini.

Jurucakapnya, Lucy Chuo Mee Hong berkata lawatan ke Pameran Pengajian Tinggi di Stadium Perpaduan Kuching ini melibatkan enam orang guru pengiring dan 30 orang pelajar Tingkatan 5 dan Atas yang juga merupakan ahli kelab terbabit.

“Tujuan lawatan ke pameran pengajian tinggi ini ialah untuk mendedahkan para pelajar tentang peluang-peluang melanjutkan pelajaran sama ada ke Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta di negara ini.

“Program ini telah pun mendapat kelulusan Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak, Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman dan Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman,” katanya kepada Utusan Sarawak hari ini.

Lawatan berkenaan kata Lucy adalah merupakan satu program yang dianjurkan oleh Unit STI / AIDS Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman di bawah pegawai penyelarasnya Buda Ason sambil dibantu oleh Margaret Minong.

Para guru kaunseling dan pelajar yang menyertai lawatan kali ini juga mendapat pelepasan dan kebenaran daripada pengetua dan ibu bapa tambah beliau.

“Selain itu kami berharap lawatan ini dapat meningkatkan motivasi serta semangat para pelajar disamping memupuk nilai jati diri mereka supaya dapat mencapai kejayaan pada masa hadapan,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment