Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 April, 2009

"Nama mata antu nya ucu?" - Selai dan Bian


Caption: SUDAH SELESAI...Bian (kiri) dan Selai (kanan) sedang berehat sebaik sahaja selesai membuang undi masing-masing di pusat pembuangan undi, rumah panjang Bukong, Engkilili hari ini.

ENGKILILI, Selasa (7 April) – Usia lanjut ternyata tidak menghalang dua orang warga emas dari Rumah Untu, Klampu, Engkilili untuk membuang undi masing-masing di pusat pembuangan undi, Rumah Renggie Ungking, Bukong, Engkilili hari ini.

Bian anak Kalau, 90 dan Selai anak Andat, 67, adalah di antara penduduk yang tersenarai dalam 6,008 pemilih berdaftar bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N.29 Batang Ai hari ini.

Kedua-dua warga emas berkenaan ketika ditemui Utusan Sarawak hari ini menjelaskan bahawa mereka sememangnya tidak pernah melepaskan peluang untuk pergi mengundi ketika menjelang pilihan raya di negeri ini.

“Saya dan Bian terpaksa menggunakan jalan sungai untuk menuju ke rumah panjang Bukong pada awal pagi memandangkan laluan jalan darat yang menghubungkan Klampu dan Bukong telah ditenggelami air.

“Kesemua ini kami berdua lakukan demi menunaikan kewajipan diri masing-masing sebagai seorang pengundi di Malaysia,” kata Selai kepada Utusan Sarawak sebaik sahaja mereka berdua selesai membuang undi masing-masing di rumah panjang berkenaan.

Bagaimanapun kedua-dua warga emas terbabit tidak tahu menyatakan perbezaan di antara parti yang berlambangkan ‘Mata Hantu’ dan ‘Dacing’ pada pilihan raya kecil kali ini ketika ditanya oleh Utusan Sarawak berhubung perkara itu.

“Apakah Mata Hantu itu? Yang hanya kami berdua tahu pun selama ini adalah lambang parti Dacing acapkali menjelang pilihan raya di negeri ini,” menurut kedua-dua mereka.

Tinjauan lanjut Utusan Sarawak ketika berlangsungnya proses pembuangan undi di rumah panjang terbabit mendapati bahawa rata-rata pengundi di situ terdiri daripada golongan penduduk berumur 45 tahun ke atas.

Calon Barisan Nasional (BN), Malcom Mussen Lamoh, 49, tiba di pusat pembuangan undi di rumah panjang terbabit pada jam 9.09 pagi sebelum membuang undi pada jam 9.25 pagi.

Tamat.

No comments:

Post a Comment