Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 April, 2009

Proses undi pos bermula di LA hari ini

LUBOK ANTU, Jumaat (3 April) - Seramai 15 anggota polis mula mengundi pada hari ini bagi memilih wakil rakyat bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N.29 Batang Ai.

Pusat mengundi bagi undi pos di daerah ini diadakan di Balai Polis Lubok Antu iaitu dalam kawasan pekan tersebut.

Hadir sama di pusat pengundian tersebut adalah Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak, Takun Sunggah.

Takun ketika ditemui pemberita memberitahu bahawa pusat mengundi juga turut dibuka di kawasan daerah Engkilili, bahagian Betong, Miri serentak dengan pembuangan undi pos di Semenanjung Malaysia dengan jumlah pengundi pos bagi DUN Batang Ai ii seramai 43 orang.

``Tiada spesifik lokasi dan masa ditetapkan kepada pengundi pos untuk membuang undi masing-masing,'' katanya.

Dalam pada itu, Takun juga berkata bahawa proses kempen Pilihan Raya Kecil DUN Batang Ai telah berjalan dengan baik setakat ini tanpa berlakunya sebarang insiden yang tidak diingini.

Beliau juga turut menyatakan bahawa pegawai SPR akan mula bergerak ke pusat-pusat pengundian pada 6 dan 7 April ini bagi menghadapi pilihan raya kecil di kawasan Batang Ai itu.

Pusat pengundian yang paling jauh di kawasan ini kata Takun ialah di Nanga Uyau dan Ulu Engkari dimana mereka terpaksa menggunakan bot panjang dengan masa perjalanan selama empat jam untuk tujuan terbabit.

``Terdapat sejumlah 198 pengundi berdaftar di kawasan Nanga Uyau manakala Ulu Engkari pula mempunyai sejumlah 98 pengundi. Kesemua pengundi ini berada kawasan penempatan rumah panjang.

"Disebabkan terlalu jauh, maka terdapat pegawai SPR terpaksa pergi sehari lebih awal ke pusat pembuangan undi yang telah ditetapkan di kawasan pedalaman seumpama itu,'' kata beliau.

Tamat

No comments:

Post a Comment