Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 April, 2009

Wanita 60-an ditemui mati dibunuh di Tandas Awam Pasar Tamu Sri Aman




Penulis mempunyai gambar sebenar keadaan mayat berkenaan apabila kes ini berlaku. Bagaimanapun atas sebab sensitiviti maka gambar yang tertentu sahaja boleh disiarkan di sini. Harap maklum. (kalau nak tengok boleh komen di news ini)




Caption:

1. NGERI...Beginilah keadaan lantai tandas awam di mana mayat seorang wanita ditemui mati dan dipercayai dibunuh pada awal pagi hari ini.

2. KE BILIK MAYAT...Beberapa anggota polis mengangkat mayat wanita terbabit untuk dihantar ke Hospital Bahagian Sri Aman bagi tujuan bedah siasat.

SRI AMAN, Sabtu (4 April)– Orang awam telah menemui mayat seorang wanita yang dipercayai mati dibunuh di sebuah tandas awam bersebelahan Pasar Tamu Sri Aman dalam bandar ini pada waktu awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputy Superitenden Police (DSP) Mat Jusoh bin Muhammad ketika dihubungi berkata mayat wanita terbabit yang dikenali sebagai Gedik anak Usip, 63, adalah merupakan seorang pekerja tandas awam berkenaan dan dijumpai mati oleh orang awam pada jam 5.30 pagi tadi.

“Sebaik sahaja menerima panggilan daripada orang awam terbabit berhubung kes ini, pihak polis telah berkejar ke tempat kejadian dan mendapati bahawa mayat wanita tersebut berada dalam keadaan terlentang dan berbogel dengan kesan berlumuran darah di seluruh bahagian badan.

“Hasil siasatan awal pihak kami telah menemui beberapa kesan tikaman di bahagian belakang badan dan di kawasan dada mayat mangsa terbabit,” kata beliau.

Mayat wanita terbabit menurut beliau kemudiannya dihantar ke Hospital Bahagian Sri Aman bagi tujuan bedah siasat dan pihak polis akan menyiasat kes jenayah ini di bawah Akta Sekyen 32 Kanun Keseksaan.

Pihak polis kata Jusoh bagaimanapun belum lagi mengenalpasti sebarang motif disebalik kejadian bunuh tersebut dan wanita berkenaan dipercayai telah mati pada waktu awal pagi hari ini sebelum penemuan mayatnya dibuat.

“Malahan hasil siasatan awal pihak polis sehingga kini mendapati bahawa barangan milik mangsa tidak hilang menerusi kejadian bunuh berkenaan,” katanya sambil menambah bahawa mangsa juga selalu tidur di tandas awam berkenaan sebaik sahaja tamat waktu kerja.

Tamat.

p/s: the criminal who did it deserve to die

11 comments:

  1. Diharap pihak polis dapat menangkap suspek dengan segera dan dibawa ke muka pengadilan. Pembunuhan tersebut adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan.

    ReplyDelete
  2. Can I have the photo? Because the victim is my grandmother's adopted sister. I can't believe it! Who dare to kill her? She's only a old woman who works looking for some pocket money. Please provide me the details or photo if u got. Thanks. Appreciate ur help.

    email: gerald_wayne212@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Saya memohon izin menyalin berita ini ke dalam blog saya iaitu astanapengerindu.blogspot.com.

    Terima kasih juga kerana tidak menyiarkan gambar-gambar keadaan mangsa. Takut nanti gambar-gambar tersebut disiarkan di dalam internet. Mangsa adalah saudara mara kepada saya dari sebelah bapa.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Dear Gerald,

    Peleba aku seduai Bujang_Astana tuk bisi tusut laban mangsa bunuhnya berbala ngau ya ari sepiak apai ya empu.

    Ulih nuan mintak kebenaran ari bujang astana empu sebedau aku ngelepasnya ngagai nuan?

    Thanks.

    p/s: gerald i think you would not like to see that picture. Too horror. Otherwise victim killed was naked during she was killed. Blood all over his body.

    This was unconfirmed source. The killer have been caught...a crazy guy that always brought knife when walking around sri aman town.

    ReplyDelete
  5. Dear Sriamannews,

    Gerald is my cousin. I sms him last nite bout the news.. If he really need to see the horrible photos...go ahead,(forward only to him) Gerald..please do not pass it around.

    Pity her. Gerald, let us pray for her soul.

    ReplyDelete
  6. Dear Sriamannews,

    Kindly release the photos to me as I already get permission from Bujang Astana. Bujang Astana is my cousin. I really want to see the photos.
    Email: gerald_wayne212@yahoo.com

    Thanks.

    ReplyDelete
  7. Gerald i will pass the pic to u but promise not to send it to any other people ..promise? I'm afraid if that pic spread widely at internet.

    ReplyDelete
  8. boleh tengok tak gbr yg keadaan mayat tuuu???
    sila email ke
    takafulikhlas34@yahoo.com
    thanks

    ReplyDelete
  9. Dear takafulikhlas34,

    Keluarga kami MELARANG SAMA SEKALI gambar2 tersebut disebarkan kepada sesiapa jua.

    Kami berharap sesiapa sahaja agar menghormati arwah Gedik (arwah adalah muslim).

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  10. pd pg mangsa meninggal tu,sy ada lalu kat situ,tgk rmai polis kat situ..tp x tau apa yg berlaku...smpai lar sy blik k rumh,parents sy ckp ada kes pmbunuhn kat tndas awm tu....eeeeeeeee,x der otk langsung org yg bunuh tu...

    ReplyDelete
  11. Orang yang membunuh dah dijatuh hukuman gantung sampai mati,

    ReplyDelete