Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 April, 2009

Saya tak masuk PKR kata Mujah


Mugshot: KANSELOR MUJAH UMPENG

LUBOK ANTU, Jumaat (3 April) – Tuai Rumah Kampung Nanga Menyebat Mit, Lemanak, Lubok Antu iaitu Kanselor Tuai Rumah Mujah anak Umpeng menafikan sekeras-kerasnya berhubung dakwaaan yang menuduh beliau telah menyertai Parti KeAdilan Rakyat (PKR) kelmarin.

Dakwaan terbabit dipercayai mula timbul apabila beliau tidak hadir di Bilik Gerakan BN Batang Ai selama tiga hari ini sebelum ini kerana mengikuti rombongan Timbalan Presiden PRS, Datuk Joseph Entulu Belaun ke Bila Rarap, Ulu Lemanak dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang ke Telinting, Tengah Lemanak tanpa pengetahuan kakitangan bilik gerakan terbabit.

“Saya amat terkejut apabila pihak tertentu tampil mendakwa saya telah menyertai PKR sebaik sahaja pulang dari Lemanak pada awal pagi hari ini.

“Dakwaan itu hanyalah karut semata-mata. Saya bersama penduduk dari kawasan Lemanak Tengah tetap menyokong BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N.,29 Batang Ai dan tidak akan sesekali menyertai parti pembangkang tersebut,” katanya.

Mujah yang bimbang tentang dakwaan terbabit kemudiannya dinasihatkan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu iaitu William Nyalau anak Badak untuk mengumumkan perkara ini terhadap pihak Utusan Sarawak.

Sambil melahirkan rasa kesal berhubung dakwaan palsu berkenaan, Mujah berharap agar semua pihak tidak membuat sebarang tuduhan tanpa memeriksanya terlebih dahulu di masa akan datang.

“Jangan membuat dan menyebar sebarang tuduhan tidak berasas jika anda tidak memeriksa punca sebenarnya terlebih dahulu kerana ianya secara tidak langsung boleh menimbulkan tanggapan negatif terhadap diri saya dan keluarga.

“Saya masih penyokong kuat BN. Saya yakin bahawa BN menerusi calonnya Malcom Mussen Lamoh akan dapat mempertahankan kerusinya iaitu DUN N.29 Batang Ai pada pilihan raya kecil itu nanti,” katanya.

Tamat.




No comments:

Post a Comment