Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 April, 2009

RM81.8 juta subsidi untuk kawasan luar bandar Sarawak kata Shahril

Oleh: Rosita Apong, RTM's reporter Sri Aman

LINGGA, Sabtu (4 April) - Kerajaan menerusi Pakej Ransangan Ekonomi telah meluluskan sejumlah RM 81.8 juta untuk perbelanjaan kos pengangkutan dan pengedaran barangan perlu bersubsidi bagi kawasan luar bandar Sarawak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Shahrir Abdul Samad berkata jumlah itu juga termasuk subsidi minyak tanah dan rebat kepada pemilik enjin sangkut di negeri ini.

“Daripada jumlah tersebut RM56.4 juta diperuntukkan bagi kos pengangkutan dan pengedaran petrol, Gas Asli Cecair, LPG dan barangan perlu bersubsidi.

Beliau memberitahu pemberita selepas melancarkan Penyeragaman Harga Runcit Gas LPG dan Pengedaran Barangan Perlu Bersubsidi di Lingga, Sri Aman.

Katanya lagi RM23 juta ringgit daripada jumlah itu juga untuk rebat kepada kira-kira 30-ribu pemilik enjin sangkut yang mana telah mulai disalurkan bulan lepas.

Turut diberi perhatian pemberian subsidi bagi minyak tanah berjumlah RM2.4 juta kepada penduduk luar bandar dan pedalaman Sarawak yang masih menggunakan bahan itu untuk tujuan lampu dan memsasak.

Bagi Sabah sejumlah RM 42.2 juta turut diluluskan bagi tujuan sama.

Sementara itu bagi penduduk sekitar Lingga mereka kini boleh menikmati harga gas LPG yang lebih murah iaitu RM24.50 bagi satu silinder berbanding RM26 ke RM29 sebelumnya.

Harga yang sama turut dinikmati penduduk Maludam di Bahagian Betong dengan penyeragaman harga runcitnya juga dilancarkan hari ini dan bakal diperluaskan ke kawasan-kawasan lain di Sarawak.

Tamat.

No comments:

Post a Comment