Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 April, 2009

Kelab kaunseling guru sri aman / lubok antu hulur bantuan kepada mangsa kebakaran di Stumbin


Caption: PRIHATIN... Lucy (kanan) sedang menyampaikan bantuan kepada Tr Steel sambil disaksikan oleh ahli Kelab Pembimbing Rakan Sebaya dan mangsa kebakaran ketika berlangsungnya majlis berkenaan.

SRI AMAN, Khamis (2 April) – Nasib malang yang menimpa 13 buah keluarga mangsa kebakaran dari Rumah Steel Resa, Stumbin mendapat perhatian Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dari semua sekolah menengah sekitar Sri Aman dan Lubok Antu apabila mereka tampil menghulurkan bantuan terhadap keluarga mangsa baru-baru ini.

Kelab PRS berkenaan telah menyampaikan bantuan berupa pakaian lama, makanan dan wang tunai kepada keluarga mangsa menerusi sebuah majlis yang berlangsung di Gereja Saint Barnabas, Stumbin, Lingga.

Kelab terbabit yang disertai oleh sekumpulan guru kaunseling dari semua sekolah menengah dari kedua-dua daerah itu turut mengadakan lawatan ke tapak kejadian kebakaran rumah panjang Stumbin disamping menyampaikan bantuan kepada mereka.

Jurucakapnya iaitu Lucy Chuo Mee Hong menerusi kenyataan media hari ini menjelaskan bahawa lawatan dan bantuan itu merupakan salah satu program di bawah ‘Smart Support Team’ yang bertujuan memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam atau malapetaka.

“Pihak kami berharap agar bantuan seumpama ini dapat mengurangkan masalah kerumitan hidup yang ditanggung oleh kesemua 13 keluarga mangsa apabila rumah panjang mereka musnah dijilat api pada 23 Mac lalu.

“Justeru pihak kami berharap agar kesemua 62 penghuni dari 13 keluarga mangsa kebakaran terbabit dapat memanfaatkan sumbangan yang disampaikan oleh Kelab PRS ini sebaik yang mungkin,” katanya.

Terdahulu 13 buah keluarga dari Rumah Steel Resa, Stumbin dalam daerah kecil Lingga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang mereka musnah dijilat api menerusi kejadian kebakaran yang bermula sekitar jam 3.30 petang pada 23 Mac lalu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment