Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 April, 2009

Jangan cuai guna api / karan k..kata Simoi


Caption: MANFAATKAN...Simoi (kiri) sedang menyampaikan bantuan kewangan kepada salah seorang mangsa (kanan) kebakaran di Kampung Hulu, Sri Aman baru-baru ini.

SRI AMAN, Khamis (2 April) - Penduduk dinasihatkan agar tidak cuai ketika menjalani kehidupan seharian ekoran daripada kejadian kebakaran yang memusnahkan dua buah rumah di Kampung Hulu Sri Aman pada 29 Mac lalu demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi binti Haji Peri.

Terdahulu dua buah rumah yang dimiliki oleh keluarga Dayang Zeliha Awang Ali dan Julai Sabang musnah dalam kejadian kebakaran yang bermula sekitar jam lalu sekitar jam 12.30 pagi pada 29 Mac lalu.

Kejadian kebakaran terbabit telah meragut nyawa Seta Jali, 68, iaitu ibu mertua kepada Julai Sabang yang dipercayai mati di tempat kejadian kerana terperangkap di dalam rumah menantunya ketika berlaku kejadian berkenaan.

“Penduduk perlu mengutamakan aspek keselamatan ketika ketika menjalani kehidupan seharian di kediaman masing-masing memandangkan kecuaian mampu mendatangkan malapetaka bukan sahaja terhadap diri mereka malah kepada para penghuni rumah yang lain.

“Oleh itu adalah amat penting para penghuni di setiap penduduk dalam kawasan Sri Aman dan Lingga melaksanakan langkah-langkah berjaga bagi mencegah berlaku kejadian seumpama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita sebaik sahaja selesai majlis penyampaian sumbangan kewangan bernilai RM500 kepada setiap ahli keluarga mangsa tapak kejadian kebakaran di Kampung Hulu baru-baru ini.

Beliau juga turut menasihatkan para penduduk agar tidak memasang sendiri wayar penyalur bekalan eletrik ke rumah masing-masing dengan sewenang-wenangnya demi mengelakkan risiko litar pintas.

Justeru Simoi berharap agar para penduduk di sekitar daerah Lingga dan Sri Aman mengambil ikthibar daripada kejadian yang berlaku di Kampung Hulu pada 29 Mac lalu agar mereka lebih berhati-hati di masa akan datang.

Ini merupakan kejadian kebakaran ketiga yang dicatatkan berlaku dalam kawasan beliau (N.23 Lingga) bermula tahun ini. Dua kejadian kebakaran yang terdahulu telah pun berlaku di Rumah Panjang Sungai Semilang dan Stumbin.

Tamat...

No comments:

Post a Comment