Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 April, 2009

Datuk mati eksiden kerana nak ambil cucu pulang dari sekolah

SRI AMAN, Selasa (14 April) – Seorang lelaki maut apabila motorsikal yang ditunggang olehnya dirempuh oleh sebuah lori yang datang dari arah Kuching menerusi kejadian kemalangan yang berlaku di Kilometer 12 Jalan Sri Aman – Kuching pada jam 12.30 tengahari hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputy Superitenden Police (DSP) Mat Jusoh Muhammad ketika dihubungi berkata mangsa yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya tersebut dikenali sebagai Ujai anak Entabang, 66, dari Rumah Anyai, Entulang Entawa, Sri Aman.

“Sebelum berlakunya kemalangan terbabit, mangsa iaitu Ujai dipercayai mahu menunggang motorsikal untuk mengambil cucunya yang baru tamat sesi pembelajaran di Sekolah Kebangsaan (SK) Melugu tengahari hari ini

“Ketika mangsa sedang menunggang motorsikalnya keluar dari persimpangan rumahnya untuk menuju masuk ke laluan jalan raya utama, sebuah lori datang dari arah Kuching lalu merempuh mangsa di tempat kejadian berkenaan,” katanya.

Ujai menurut beliau kemudiannya terpelanting setelah lori terbabit merempuh motorsikalnya dan menyebabkan dia mati serta-merta di tempat kejadian dipercayai berpunca dari kecederaan parah di bahagian kepala.

Manakala itu pemandu lori berkenaan kata Jusoh telah pun di bawa ke Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman bagi tujuan siasatan lanjut dan akan dilepaskan dengan ikat jamin polis setelah selesai siasatan terbabit.

“Mayat mangsa terus dihantar ke Hospital Bahagian Sri Aman bagi tujuan bedah siasat. Bagaimanapun siasatan awal pihak polis mendapati bahawa kemalangan terbabit berpunca dari kegagalan mangsa untuk berhenti di simpang jalan raya berkenaan,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment