Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 April, 2009

"Datai baru maya udah abis mengundi auk," kata kelinsing kepada kumpulan PKR di Skarok, Lubok Antu

LUBOK ANTU, Khamis (2 April) – Nasib nampaknya tidak begitu menyebelahi Parti KeAdilan Rakyat (PKR) apabila mereka tidak dibenarkan masuk untuk berkempen di perkarangan Rumah Panjang Skarok, Lubok Antu baru-baru ini.

PKR sebelum ini juga pernah dihalau dan diboikot di Rumah Jubang Bin, Sebangki Panjai, Lubok Antu ketika mereka cuba berkempen untuk meraih sokongan penduduk dari rumah panjang berkenaan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N.29 Batang Ai ini.

Tuai rumah panjang Skarok, Kanselor Albert Kelinsing anak Manau ketika ditemui Utusan Sarawak menjelaskan bahawa para penyokong PKR terbabit telah cuba memasuki rumah panjangnya pada 30 Mac lalu dengan menaiki tujuh buah kenderaan.

“Saya bersama dengan beberapa penduduk yang lain sedang sibuk memasang bendera Barisan Nasional (BN) apabila tujuh kenderaan yang dinaiki penyokong PKR tiba di persimpangan jalan masuk rumah panjang kami pada hari berkenaan,” katanya.

Kelinsing yang menyedari kehadiran tujuh buah kenderaan milik kumpulan penyokong PKR tersebut kemudiannya bertindak menghalang mereka di persimpangan jalan masuk ke rumah panjangnya sambi berkata ”Datang ke sini selepas pilihan raya nanti”.

Para penyokong PKR berkenaan yang menyedari bahawa kehadiran mereka tidak diterima di rumah panjang terbabit kemudiannya mengundurkan kenderaan masing-masing keluar dari rumah panjang berkenaan tanpa sebarang bantahan.

“Mereka sudah gagal di Sebangki Panjai dan juga di sini (Skarok).Saya cuma boleh menerima kehadiran mereka (PKR) ke sini selepas pilihan raya kecil DUN Batang Ai ini nanti dan bukannya sekarang.

“Saya cuma tidak mahu kehadiran mereka ke rumah panjang kami iaitu Skarok hanya untuk mengganggu para penghuni yang rata-ratanya adalah merupakan penyokong kuat pihak BN,” jelas beliau.

Tamat.

No comments:

Post a Comment