Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 April, 2009

Dam Batang Ai berpontensi sebagai lokasi Festival Air Malaysia


Caption: KAGUM…Sulaiman (kiri) dan Manyin (kanan) ketika sedang meninjau ke suasana pemandangan tasik Batang Ai dari tapak pembinaan jeti empangan Hidroelektrik Batang Ai hari ini.

LUBOK ANTU, Isnin (6 Mac) – Empangan Hidroelektrik Batang Ai Lubok Antu berpontensi untuk dijadikan sebagai sebuah lokasi untuk menganjurkan acara Festival Air Malaysia kata Menteri Pelancongan dan Pembangunan Bandar, Datuk Michael Manyin Jaong.

“Terlebih dahulu kita akan menumpukan perhatian untuk membangunkan kawasan Empangan Hidroelektrik Batang Ai Lubok Antu sebagai sebuah lokasi pelancongan yang indah.

“Kemudian barulah kerajaan akan dapat membangunkan kawasan ini kepada Pusat Festival Air seperti Festival Air di Johor yang mana temasya ini telah menarik kedatangan ramai pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sebaik sahaja selesai mengiringi Timbalan Menteri Pelancongan, Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib ke tapak pembinaan jeti bernilai RM1 juta yang kini hampir 30 peratus siap bertempat di Empangan Hidroelektrik Batang Ai hari ini.

Manyin juga menyatakan bahawa sehingga kini hanya terdapat tiga buah tempat penganjuran acara Festival Air iaitu Labuan, Langkawi serta Johor dan Batang Ai mungkin berpontensi untuk menjadi yang ke-4.

Beliau turut menambah bahawa rumah panjang di kawasan Batang Ai boleh menjadi tarikan dari segi makanan tempatannya dan keunikan budaya penduduk di sana.

“Batang Ai mempunyai potensi pasaran antarabangsa kerana ianya menawarkan sesuatu yang unik dan tidak terdapat di luar dari kawasan negeri ini.

“Kawasan ini sudah tersedia sebuah produk pelancongan. Ia mempunyai segala-galanya termasuk kemudahan pengangkutan, penginapan dan pemandangan yang indah…ia mudah ‘dijual’,” katanya.

Terdahulu Dato Sri Sulaiman yang tiba di Gerai Mini Majlis Daerah Lubok Antu menghabiskan masa selama 40 minit bersama Manyin dan rombongan yang lain untuk meninjau pembinaan jeti di empangan tersebut.

Tamat.

No comments:

Post a Comment