Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 April, 2009

BN menang bukan kerana 'Phantom voters' - Syed Hamid Albar


Caption: SIMPAN DENGAN ELOK...Hamid (kiri) sedang menyampaikan sijil kelahiran kepada seorang penerima (kanan) sambil disaksikan oleh Jabu (tengah) ketika berlangsungnya majlis hari ini.

LUBOK ANTU, Ahad (5 April) – Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam kebanyakkan pilihan raya sebelum ini disebabkan oleh sokongan menyeluruh daripada rakyat dan bukannya disebabkan oleh kewujudan pengundi hantu kata Menteri Dalam Negeri, Dato Sri Syed Hamid Albar, berkata

“Rakyat di negeri ini khususnya di kawasan Batang Ai tidak perlu mendengar dakyah akan wujudnya golongan pengundi hantu terbabit.

“BN selama ini menang dalam kebanyakkan pilihan raya disebabkan oleh sokongan rakyat yang percaya bahawa hanya kita yang dapat melaksanakan pelbagai projek pembangunan di seluruh kawasan dalam negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita sebaik sahaja selesai Majlis Penyerahan Sijil Kelahiran bertempat di Rumah Johnson anak Tampa, Kaong Ili, Batang Ai di sini hari ini.

Sementara itu ketika berucap pada majlis berkenaan, Hamid juga memuji kecekapan pentadbiran Kerajaan Negeri Sarawak kerana berjaya mengekalkan tahap kestabilan politiknya sehingga menyumbang kepada kestabilan politik negara pada masa sekarang.

Kekukuhan kestabilan politik di negeri ini tambah beliau lagi secara tidak langsung telah membolehkan pihak Kerajaan Negeri melaksanakan pelbagai projek pembangunan dengan lebih pesat dari masa ke semasa.

“Rakyat sepatutnya bersyukur kerana mempunyai sebuah kerajaan yang amat bertanggungjawab terhadap kepentingan hidup rakyat di negara ini khususnya di Sarawak.

“Justeru rakyat khususnya di kawasan Batang Ai ini perlu sedar tentang keistimewaan yang mereka peroleh selama ini dan seterusnya memastikan kemenangan calon BN pada pilihan raya kecil di kawasan ini pada 7 April kelak,” katanya.

Hamid menerusi majlis berkenaan telah menyampaikan sijil kelahiran kepada 32 orang pemohon yang dari sekitar kawasan DUN Batang Ai yang hadir pada majlis tersebut. Enam lagi pemohon bagaimanapun tidak hadir pada majlis berkenaan.

Hadir sama untuk menyaksikan majlis berkenaan ialah isteri beliau, Datin Sri Sharifah, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Pendaftaran Negara, Haji Zulkifli Rahmat.

Tamat.

No comments:

Post a Comment