Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 April, 2009

Anwar kena april fool - dari sarawakupdate.com.my

SRI AMAN, Khamis (2 April) – Laman web sarawakupdate.com.my hari ini telah melaporkan bahawa Penasihat Umum Parti KeAdilan Rakyat (PKR) iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama para penyokongnya telah menerima penangan ‘April Fool’ daripada orang Dayak ketika mahu berkempen di Batang Ai, Lubok Antu semalam.

Tradisi April Fool yang jatuh pada tarikh 1 April pada setiap tahun adalah merupakan hari yang dipilih oleh individu atau kumpulan tertentu di seluruh dunia bagi memperbodohkan rakan-rakan atau pihak tertentu dengan cara mereka sendiri.

Menurut laman web terbabit, Anwar bersama penyokongnya telah terkena penangan ‘April Fool’ ketika mahu mengadakan ceramah di Rumah Lamit, Pudai, Lubok Antu sekitar jam 5 petang kelmarin.

Bagaimanapun dikatakan bahawa tuai rumah dan penghuni rumah panjang berkenaan tidak bersetuju terhadap hasrat pemimpin De Facto parti pembangkang tersebut sehingga menyebabkan beliau pulang semula ke Pekan Lubok Antu.

Setelah menghadapi kegagalan di Pudai, Anwar bersama kumpulannya cuba mengumpul orang ramai di Masjid Lubok Antu pada jam 5 petang namun tidak sampai 50 orang sahaja penduduk yang datang pada sesi perhimpunan itu yang juga turut dihadiri oleh calon PKR, Jawah Gerang dan Ketua PKR Kuching, Dominic Ng.

Anwar seterusnya dilaporkan pergi ke markas PKR di Kampung Kutai, Lubok Antu pada jam 8.30 malam untuk menyampaikan ceramah namun program itu cuma dihadiri oleh para petugas PKR dan pengikut setia beliau tanpa kehadiran majoriti penduduk kampung itu sendiri.

“Kenderaan yang parkir di Kampung Kutai juga rata-rata bukan milik penduduk kampung itu sendiri dan dipercayai milik orang luar dari kawasan daerah Lubok Antu,” menurut laman web berkenaan.

Orang ramai yang datang ke majlis ceramah Anwar Ibrahim itu juga dikatakan kerana hanya mahu makan secara percuma dan bukannya mahu mendengar isi kandungan ceramah yang disampaikan oleh beliau sendiri.

Sarawakupdate.com.my juga melaporkan bahawa lori milik abang kepada Jawah iaitu Tuai Rumah Lepang anak Gerang juga dilihat sudah menanggalkan bendera PKR atas kenderaan terbabit tanpa sebab yang tidak diketahui.

Tamat.

No comments:

Post a Comment