Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 April, 2009

Ada berani? Try masuk pertandingan buat lambang pekan Lubok Antu sekarang!

SRI AMAN, Rabu (15 April) – Orang ramai dipelawa untuk menyertai Pertandingan Merekabentuk Lambang Pekan Lubok Antu bersempena dengan sambutan 45 tahun Sarawak maju dalam Malaysia.

Setiausaha Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA), Lolita Jaime Nicholas menerusi kenyataan medianya baru-baru ini berkata borang dan syarat penyertaan bagi pertandingan tersebut boleh diambil secara percuma dari Perpustakaan Awam Engkilili.

“Borang dan syarat penyertaan bagi pertandingan ini juga boleh didapati dari Perpustakaan Awam Lubok Antu dan Pejabat Pentadbiran MDLA di Engkilili pada waktu pejabat bermula dari 1 April lalu.

“Semua penyertaan hendaklah disimpan di dalam sampul yang bertanda Pertandingan Merekabentuk Replika Pekan Lubok Antu di bahagian atas sampul terbabit dan dialamatkan kepada Setiausaha Majlis Daerah Lubok Antu, Jalan Penghulu Imong anak Awan, 95800 Engkilili, Sarawak,” katanya.

Sampul yang mengandungi bahan penyertaan para peserta berhubung pertandingan tersebut kata Lolita lagi haruslah sampai kepada beliau pada atau sebelum jam 4 petang pada 30 Jun ini.

“Pihak MDLA juga tidak terikat untuk memilih mana-mana penyertaan yang diterima bagi tujuan pertandingan terbabit. Justeru pihak kami berharap agar orang ramai yang berbakat dalam merekabentuk lambang tidak melepaskan peluang ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment