Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 July, 2011

SMK Saribas (Debak) juara Futsal 14 Tahun Ke Bawah MSSB 2011




Caption:

1.UNTUK ALBUM...Pasukan SMK Saribas (baju hijau) dan SMK Ulu Layar bergambar kenangan sebaik sahaja tamat perlawanan akhir kejohanan tersebut hari ini.

2. RASMI...Rahim Ibas melakukan sepak mula sebagai rasmi perlawanan akhir kejohanan tersebut hari ini.

Adiey Safarman

Julai 14

Pasukan SMK Saribas (Debak) muncul juara Kategori Lelaki bagi Kejohanan Futsal 14 Tahun Ke Bawah Majlis Sukan Sekolah Bahagian Betong (MSSB) 2011 yang berlangsung di Gelanggang Futsal LAKIS, Saratok hari ini.

Kejohanan anjuran SMK BM Saratok itu menyaksikan SMK Saribas muncul juara setelah mencatatkan kemenangan tipis ke atas pasukan SMK Ulu Layar (Betong) dengan jaringan gol 3 – 2 pada perlawanan akhir kategori tersebut.

Babak permulaan pertarungan akhir kejohanan itu menyaksikan pasukan SMK Ulu Layar menguasai perlawanan setelah mendahului dengan jaringan gol 2 - 0 pada separuh masa pertama pertandingan.

Bagaimanapun SMK Saribas bangkit pada saingan separuh masa kedua perlawanan apabila berjaya mengikat pasukan lawan dengan jaringan gol 2 – 2 sebelum Peter muncul sebagai wira setelah menjaringkan gol ketiga untuk pasukan sang juara pada babak saingan itu.

Kemenangan itu membolehkan pasukan SMK Saribas selaku juara membawa pulang hadiah berupa piala kejuaraan berserta dengan pingat begitu juga dengan pasukan SMK Ulu Layar yang turut membawa pulang hadiah piala iringan dan pingat.

Sementara itu perebutan tempat ketiga bagi Kategori Lelaki bagi Kejohanan Futsal 14 Tahun Ke Bawah MSSB Betong ini turut pasukan SMK Saint Augustine (Betong) menewaskan pasukan SMK Kalaka (Roban) dengan kemenangan tipis 2 – 1 pada perlawanan terbabit.

Pengerusi pengelola pertandingan selaku Pengetua SMK Bahasa Malaysia Saratok, Haji Rahim Ibas telah menyampaikan hadiah kepada pemenang sejurus selepas perlawanan akhir itu berakhir.

Pihak penganjur pada majlis itu juga telah menetapkan para pemain berkebolehan dan berdisiplin yang akan dipilih untuk menjadi sandaran bahagian Betong ke Kejohanan Futsal MSSS Sarawak di Bintulu pada bulan Oktober ini nanti.

Terdahulu kejohanan yang bermula dari 12 Julai lepas ini menampilkan penyertaan sejumlah 10 buah pasukan bagi kategori lelaki dari sekolah dalam Bahagian Betong kategori yang telah berentap dalam kejohanan selama dua hari itu.

Pasukan tersebut adalah SMK Bahasa Malaysia (Saratok) ,SMK Kalaka (Roban), SMK Kabong (Kabong), SMK Saribas (Debak) , SMK Agama Sri Aman (Saratok), SMK Ulu Layar (Betong), SMK Beladin (Pusa), SMK Spaoh (Spaoh), SMK Datuk Patinggi Kedit (Betong) dan SMK Saint Augustine (Betong).

Tamat.

No comments:

Post a Comment