Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 July, 2011

Pejabat Belia dan Sukan Sri Aman anjur Taklimat Asas Skuad RELA




Caption: UNTUK ALBUM…Midah (tengah) sambil diapit oleh Bajuri (kiri) dan Azim (kanan) ketika bergambar kenangan bersama peserta taklimat hari ini.

Foto oleh Zulia Haji Jemat


SRI AMAN, Khamis (14 Julai) – Sejumlah 80 orang belia mengambil bahagian dalam Taklimat Asas Skuad Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Rakan Muda Bahagian Sri Aman 2011 yang berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman hari ini.

Taklimat anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Sri Aman dengan kerjasama RELA Daerah Sri Aman membabitkan seramai 38 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang daripada jumlah peserta berkenaan.

Jurucakap penganjur ketika ditemui berkata taklimat ini bertujuan untuk memberi peluang dan mengalakkan lebih ramai belia remaja untuk menganggotai RELA selepas ini.

“Taklimat Asas Skuad RELA Rakan Muda Bahagian Sri Aman 2011 ini juga secara tidak langsung akan dapat meningkatkan jumlah sukarelawan dengan menjalani latihan asas RELA.

“Ia juga sekaligus dapat melahirkan golongan generasi muda yang bertanggungjawab disamping dapat menyumbang tenaga serta komitmen dalam membantu meremajakan RELA pada masa akan datang,” katanya.

Menerusi taklimat ini katanya, para peserta berpeluang untuk mengetahui fungsi pasukan RELA dengan lebih dekat disamping mengenali jenis-jenis latihan yang dilalui oleh pasukan berkenaan.

Para peserta katanya juga boleh mengetahui keistimewaan terutama sekali dari segi kebajikan yang boleh diperoleh oleh mereka jika mereka berkhidmat sebagai anggota dalam pasukan berkenaan dari masa ke semasa.

“Justeru diharap agar penyertaan lebih ramai golongan belia dalam pasukan RELA akan dapat mengurangkan penglibatan mereka dalam aktiviti sosial tidak sihat dalam kawasan ini di masa akan datang,” katanya.

Hadir sama pada taklimat itu ialah Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Sri Aman, Midah anak Jub, Pegawai RELA Daerah Sri Aman, Leftenan Kolonel Bajuri Haji Adom dan Penolong Pegawai RELA Daerah Sri Aman, Mejar Mohd Azim Awang Ibrahim.

Terdahulu taklimat berkenaan telah dijayakan lagi dengan sesi pendaftaran peserta, taklimat asas RELA, ceramah mengenai tanggungjawab sukarelawan RELA dan majlis penutupan taklimat.

Tamat.

No comments:

Post a Comment