Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 July, 2011

Orang gila kena tahan di Pasar Tamu Sri Aman

SRI AMAN, Ahad (10 Julai) – Suasana Pasar Tamu Sri Aman tiba-tiba menjadi riuh apabila seorang lelaki dipercayai kurang siuman berlegar-legar di kawasan tumpuan pengunjung terbabit sekitar jam 8.30 pagi kelmarin.

Lelaki kurang siuman terbabit yang pada mulanya duduk bersendirian di Jamban Pasar Tamu tiba-tiba bergerak ke Pasar Tamu Sri Aman dalam keadaan berbogel sehingga menyebabkan pengunjung melarikan diri daripada lelaki terbabit.

Situasi kurang menyenangkan ini kata sumber menyebabkan para pengunjung Pasar Tamu Sri Aman bertindak menghubungi polis demi mengelakkan lelaki kurang siuman itu bertindak di luar batasan.

“Para penjual Pasar Tamu kemudiannya bertindak memberikan seluar dalam kepada lelaki kurang siuman terbabit untuk dipakai. Sebaik sahaja polis tiba lelaki kurang siuman terbabit sudah pun beredar,” katanya.

Bagaimanapun lelaki kurang siuman terbabit kemudiannya dilaporkan bertindak menganggu pelanggan di sebuah kedai kopi yang berdekatan sehingga memaksa pihak polis menahan lelaki tersebut sekitar jam 10.40 pagi.

Polis kemudiannya mendapati bahawa lelaki kurang siuman terbabit dalah golongan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan dihantar oleh pihak polis ke Hospital Bahagian Sri Aman untuk tujuan pengesahan penyakit mental.

“Undang-undang akan menentukan hala tuju lelaki kurang siuman berkenaan selepas ini,” kata sumber terbabit.

Terdahulu lelaki kurang siuman itu dilaporkan pernah muncul pada sambutan Pesta Benak Sri Aman 2011 dalam keadaan separuh bogel sehingga ia dipercayai pernah menimbulkan ketakutan dikalangan pengguna kenderaan dalam kawasan Bukit Temudok sebelum ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment