Caption: PRIHATIN...Pihak polis sedang menghiburkan Aisah sebelum beliau berhasil ditemukan semula neneknya selepas itu.
SRI AMAN, Sabtu (2 JUlai) – Gelagat seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang menangis di kawasan tapak sambutan Pesta Benak Sri Aman 2011 nyata menarik perhatian ramai pihak sekitar jam 10.30 pagi hari ini.
Kanak-kanak perempuan yang bernama Aisah binti Tomok dari daerah kecil Lingga, Sri Aman itu ditemui menangis dipercayai tersesat jalan ketika berjalan bersama neneknya di tapak sambutan pesta terbabit.
Pihak polis kemudiannya bertindak membawa dan menghiburkan budak perempuan berkenaan di khemah urusetia sambutan Regatta Pesta Benak Sri Aman sementara menunggu nenek kepada kanak-kanak terbabit datang cari.
Setelah 15 minit menunggu di khemah urusetia terbabit pihak polis akhirnya berhasil mencari nenek kanak-kanak perempuan terbabit yang dipercayai telah membuat laporan polis di Balai Polis Sri Aman berhubung kehilangan cucunya.
“Pengunjung seharusnya berhati-hati ketika membawa kanak-kanak kecil di kawasan khayalak ramai agar mereka tidak sesat ke lain-lain tempat seperti mana yang berlaku pada hari ini.
“Aisah bernasib baik kerana beliau ditemui polis. Tidak dapat kita bayangkan sekiranya kanak-kanak malang terbabit tersesat jalan dan meronda seorang diri di tapak pesta benak ini,” kata seorang pengunjung.
Tamat.
No comments:
Post a Comment