Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 July, 2011

Lee seru rakyat Engkilili untuk terus sokong Rayong dan Nyalau


Caption: ADAT….Lee (dua kanan) sedang bersama (dari kanan) Harden, Rayong dan Nyalau ketika menyempurnakan upacara miring sempena majlis itu.


ENGKILILI, Sabtu (16 Julai) – Rakyat di Engkilili harus memberi sokongan padu terhadap dua orang wakil rakyat mereka iaitu William Nyalau Badak dan Dr Johnnical Rayong Ngipa dari masa ke semasa.

Menteri Muda Komunikasi dan Sukan, Datuk Lee Kim Shin berkata demikian selaku mewakili Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam ketika berucap merasmikan Majlis Ngiling Tikai anjuran SUPP Bahagian Engkilili di Dewan Masyarakat Majlis Daerah Lubok Antu, Engkilili kelmarin.

Katanya, Rayong selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili dan Nyalau selaku Ahli Parlimen Lubok Antu dilihat sebagai pasangan wakil rakyat yang cukup serasi ketika melaksanakan tugas pembangunan untuk rakyat.

“Kedua-dua wakil rakyat terbabit juga amat mudah bekerjasama dan sering turun padang untuk meninjau segala masalah yang dihadapi oleh rakyat dalam kawaan tadbir masing-masing.

“Kita mahu ada wakil rakyat seperti ini. Justeru saya meminta semua rakyat untuk terus menyokong dan bekerjasama dengan Nyalau dan Rayong demi memajukan lagi kawasan DUN Engkilili serta Batang Ai di masa akan datang,” katanya.

Selain itu Lee menerusi majlis itu juga berharap agar Nyalau dicalonkan semula untuk bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Lubok Antu pada pilihan raya parlimen akan datang.

Ia amat penting agar projek pembangunan daripada Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan dapat disalurkan terhadap rakyat dalam kawasan Parlimen Lubok Antu dari masa ke semasa.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis, Nyalau, Rayong, Pegawai Daerah Lubok Antu, Jack Aman Luat dan para ketua kaum dalam kawasan Engkilili.

Tamat…

No comments:

Post a Comment