Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 July, 2011

Hari Permuafakatan SMK Sri Aman meriah


Caption: MERIAH...Para murid, ibubapa dan guru sedang membanjiri kawasan gerai jualan makanan ketika berlangsungnya program itu hari ini.


SRI AMAN, Sabtu (23 Julai) – Kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman telah dibanjiri lebih daripada 700 orang murid, ibubapa dan kakitangan sekolah bermula dari jam 8 pagi hingga 2 petang hari ini.

Ia disebabkan oleh penganjuran Majlis Hari Permuafakatan dan Hari Terbuka Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) SMK Sri Aman yang berlangsung di perkarangan luar Dewan Hollis Tini, sekolah terbabit.

Jurucakap penganjur ketika ditemui berkata sejumlah 31 buah gerai jualan makanan, pusat operasi siaraya dan lain – lain produk telah dibuka bagi memeriahkan suasana sambutan program itu.

“Para pelajar berpeluang untuk belajar berniaga bersama dengan lain-lain penjual produk menerusi gerai yang dibuka bersempena dengan Majlis Hari Permuafakatan dan Hari Terbuka PIBG SMK Sri Aman ini.

“Justeru kita berharap agar ikatan silaturahim antara pelajar, ibubapa dan guru akan terus diperatkan lagi dengan adanya penganjuran seumpama ini pada tahun akan datang,” menurut beliau.

Terdahulu Majlis Hari Permuafakatan dan Hari Terbuka PIBG SMK Sri Aman yang berlangsung di Dewan Hollis Tini sekolah terbabit telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat.

Hadir sama ialah Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Sri Aman, Jamit Ajok, Pengetua SMK Sri Aman, Haji Ibrahim Jemain, Yang Dipertua PIBG SMK Sri Aman, Robert Nuli, para guru dan ibubapa murid SMK Sri Aman.

Masir berkesempatan untuk berkunjung ke semua tapak gerai jualan yang berlangsung di perkarangan sekolah terbabit sebelum berangkat ke SMK Saint Luke untuk tujuan program yang sama.

Antara lain-lain sekolah di Bahagian Sri Aman yang dilaporkan turut menganjurkan Majlis Hari Permuafakatan dan Hari Terbuka PIBG pada hari ini ialah SMK Simanggang dan SMK Melugu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment