Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 July, 2011

JKM Betong dan PLKN Bukit Saban bantu bersih PAKK Betong


Caption: SERIUS...Para pelatih PLKN sedang memulakan kerja gotong-royong membersihkan PAKK Betong kelmarin.


BETONG, Khamis (14 Julai) – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Betong telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) di Betong kelmarin.

Program secara kerjasama dengan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Bukit Saban, Betong ini melibatkan seramai 32 orang pelatih dan dua orang jurulatih dari pusat terbabit.

“Aktiviti gotong-royong ini diadakan bagi memenuhi Modul Khidmat Komuniti PLKN untuk Kumpulan 2 siri 8 / 2011 seperti yang terangkum dalam salah satu daripada modul-modul yang ada dalam pusat ini.

“Antara modul terbabit adalah Fizikal, Kenegaraan, Pembinaan Karektor dan Khidmat Komuniti. Jadi aktiviti ini terangkum antara keempat-empat Modul Khidmat Komuniti PLKN berkenaan,”katanya.


Terdahulu Pengerusi PAKK merangkap Penolong Pegawai JKM Bahagian Betong, Ronie Besri ketika menyampaikan taklimat mengenai PAKK mahu Wira dan Wirawati dari Kem PLKN Bukit Saban mahu mereka memahami peranan PAKK selepas ini.

“Penubuhan PAKK merupakan satu usaha yang menyeluruh, lebih bersistematik dan berkesan dalam usaha mencegah kes penganiayaan dan pengabaian terhadap golongan kanak-kanak.

“Ia merupakan program atau perkhidmatan sokongan anjuran Pasukan Perlindungan Kanak-kanak dari JKM Bahagian Betong yang ditubukan demi mengikut keperluan penduduk setempat,” katanya.

Justeru Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak katanya akan mengenalpasti isu yang ketara dalam sesuatu kawasan disamping menentukan peringkat umur kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan selepas ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment