Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 July, 2011

Jayakan semangat kerja berpasukan - Samsuddin



Caption: UNTUK ALBUM...Samsuddin (tengah) bersama Razi (kanan) dan Razali (kiri) ketika bergambar kenangan bersama tetamu khas dan peserta penari pada majlis itu.

La Saleman La Senin Vista

BETONG, Sabtu (16 Julai) - Kejayaan sesebuah organisasi dalam membentuk jaringan kerja di antara satu sama lain akan mampu memberikan impak yang positif dalam menjayakan usaha kerja berpasukan.

Pegawai Pelajaran Daerah Betong, Samsudin Drahman berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jasamu Dikenang yang berlangsung di Dewan Terbuka Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Betong baru-baru ini.

Menurut beliau ia mampu dicapai jika semua kakitangan memberikan kerjasama padu dalam merealisasikan harapan tersebut dengan menyingkirkan sifat alpa ketika melaksanakan tugas masing-masing.

“Untuk itu jangan sesekali kita (kakitangan PPD Betong) lalai dalam merebut peluang yang telah diberikan oleh kerajaan demi memajukan jabatan dan hidup masing-masing selepas ini,” katanya.

Terdahulu majlis menyaksikan perpisahan bekas kakitangan PPD Betong iaitu Ricky Mohd Razi Sitam yang setelah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas dan Rabia Andom yang akan menjadi Guru Besar di SK Tanjung Assam, Spaoh.

Majlis yang dihadiri seramai 80 orang kakitangan PPD Betong dan tetamu jemputan itu menyaksikan upacara perpisahan Mandau Anggan yang telah bersara wajib setelah berkhidmat selama 31 tahun dalam jabatan.


Hadir sama pada majlis itu ialah ADUN Beting Maro, Razali Gapor, bekas Guru Besar SK Tanjung Assam Spaoh, Amit @ Raman bin Sebai yang akan melangkah masuk ke PPD Betong sebagai Penyelia Unit Pendidikan Islam selepas ini.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan tarian poco-poco yang membariskan penari-penari yang bakal menggalas cabaran PSKPP Betong ke Pesta PSKPP Negeri Sarawak di Sarikei penghujung bulan ini.

Tamat.


No comments:

Post a Comment