Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 July, 2011

Kereta punya pasal, lelaki dan perempuan masuk balai polis

SRI AMAN, Selasa (12 Julai) – Satu perkelahian kecil berlaku di hadapan sebuah restoran dalam Bandar Sri Aman apabila kereta yang sedang dipandu undur oleh seorang wanita melanggar bahagian depan kereta milik seorang lelaki sekitar lewat tengahari kelmarin.

Sumber memberitahu wanita terbabit telah meletakkan kenderaan di hadapan sebuah kedai menjual daging ayam (sebelah restoran) sebelum kenderaan Wira yang dipandu oleh lelaki parkir di hadapan laluan kaki lima kedai tersebut.

“Wanita berkenaan kemudiannya cuba mengundurkan kenderaan untuk keluar dari kawasan kedai itu tanpa menyedari bahawa terdapat kenderaan Wira yang berada tidak jauh dari haluan undur kenderaan beliau.

“Akibatnya bahagian belakang kenderaan wanita terbabit telah melanggar bahagian hadapan kenderaan lelaki tersebut sehingga menimbulkan kerosakan yang nyata,” kata sumber.

Lelaki terbabit kemudiannya meminta wanita berkenaan membayar ganti rugi berhubung kerosakan itu namun wanita terbabit enggan hingga perkara ini di bawa ke Balai Polis Sri Aman.

Setelah diberi penerangan oleh pihak polis di balai berkenan, wanita terbabit akhirnya akur untuk membayar ganti rugi yang dialami oleh lelaki terbabit berhubung kejadian tersebut.

Pemilik kenderaan Wira terbabit kata sumber yang menyerahkan perkara ini untuk diselesaikan oleh polis daripada terjebak dalam pertengkaran serius memberitahu beliau dan wanita itu meletak kenderaan di bukan tempat parkir yang sah.

“Namun begitu salah bagi kita jika melanggar kenderaan orang lain ketika mengundur kenderaan sendiri jika lalai,” katanya sambil menambah bahawa memutuskan perkara ini di balai polis adalah merupakan tindakan yang bijak.

Tamat.

No comments:

Post a Comment