Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 January, 2012

Wakil rakyat boleh kerja lebih efisyen dengan bantuan ketua kaum - Simoi

Caption: CERIA...Simoi (tengah) bersama Rohani (kanan) ketika mendengar persoalan yang diajukan oleh penduduk kampung ketika berlangsungnya sesi dialog kelmarin.

SRI AMAN, Sabtu (14 Jan) – Wakil rakyat mampu bekerja lebih efisyen sekiranya ketua kaum memainkan peranan menyalurkan maklumat mengenai masalah rakyat di bawah jagaan mereka terhadap wakil rakyat selepas ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri berkata demikian pada sesi dialog bersama penduduk bersempena dengan Majlis Pecah Tanah Projek Tebatan Banjir di Surau Hayatul Islam, Kampung Hulu, Sri Aman kelmarin.

Untuk membolehkan wakil rakyat turun padang ke kawasan mereka, ketua kaum seperti Ketua Kampung dan Penghulu kata beliau perlu mengetahui terlebih dahulu masalah yang melanda hidup rakyat masing-masing.

“Masalah yang melanda hidup rakyat dan penempatan kawasan mereka ini kemudiannya disampaikan kepada wakil rakyat dan selepas itu barulah kita mudah bertindak turun padang untuk menyelesaikan masalah mereka,” kata beliau.

Maklumat mengenai masalah hidup rakyat yang disalurkan oleh ketua kaum kepada wakil rakyat ini kata Simoi kemudiannya akan dirujuk kepada pihak atasan bagi tujuan tindakan lanjut.

Justeru beliau menasihatkan semua ketua kaum untuk memainkan peranan dengan lebih proaktif demi memajukan lagi kawasan penempatan masing-masing pada masa akan datang.

“Paling penting sekarang ini ialah perlunya hubungan kerjasama antara wakil rakyat dan ketua kaum untuk merangka pelbagai tindakan bagi menyelesaikan masalah kawasan tadbir mereka dari masa ke semasa,” katanya.

Terdahulu Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Hajah Abdul Rohani telah menyempurnakan majlis pecah tanah bagi projek tebatan banjir yang mencatatkan kos berjumlah RM888,377 berkenaan.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Sri Aman, Ismawie Salleh, Penguasa Jabatan Tanah Dan Survei Bahagian Sri Aman, Mohd Razali Arshad, Jurutera Jabatan Pengairan Dan Saliran Sri Aman, Irwandee Reduan dan Penghulu Haji Abdul Samad Abdul Rahim.

Tamat.




No comments:

Post a Comment