Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 January, 2012

Kampung Muhibah adakan sambutan Tahun Baru 20

Caption: TAHNIAH...Penduduk sedang menerima hadiah daripada Latipah (dua kiri) sambil disaksikan oleh Ramli (kiri sekali) ketika berlangsungnya majlis itu.

SRI AMAN, Khamis (5 Jan) – Kampung Muhibbah Sri Aman nyata tidak ketinggalan untuk mengadakan Majlis Sambutan Tahun Baru 2012 yang berlangsungnya di kampung berkenaan malam tadi.

Majlis Sambutan Tahun Baru 2012 yang melibatkan kehadiran seramai 70 orang penduduk kampung itu merupakan anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Muhibbah Sri Aman.

Jurucakap penganjur ketika ditemui memberitahu majlis yang mengabungkan lima buah zon penempatan penduduk dalam kampung berkenaan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan perpaduan di antara penduduk.

“Majlis ini merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan KRT Kampung Muhibbah dalam mewujudkan semangat kekitaan dan kerjasama antara semua pihak dari masa ke semasa.

“Malah kita juga berharap agar majlis seperti ini akan dapat mengalakkan penyertaan lebih ramai penduduk dalam KRT Kampung Muhibbah demi memastikan keamanan serta kesejahteraan kampung terjaga selepas ini,” katanya.

Justeru Kampung Muhibbah katanya berharap agar tahun 2012 ini memberi tuah kepada semua penduduk dalam kawasan Bandar Sri Aman ke arah membantu kerajaan merealisasikan matlamat pembangunan negeri serta negara di masa akan datang.

Terdahulu Majlis Sambutan Tahun Baru 2012 ini telah diserikan lagi dengan sesi cabutan tiket bertuah, persembahan nyanyian lagu karaoke dan ‘passing pecal’ dikalangan penduduk kampung berkenaan.

Hadir sama ialah Pegawai Perpaduan Negara Dan Intregrasi Nasional Bahagian Sri Aman, Rickado Dorlen dan penolongnya, Mohd Safuan Ahmad Tarmidi, Pengerusi KRT Kampung Muhibbah, Latipah Mentali dan Ketua Skim Rondaan Sukarela Kampung Muhibbah, Ramli Abu Sera.

Latipah juga turut mengambil kesempatan untuk meraikan sambutan harijadi suaminya bersama dengan para penduduk Kampung Muhibbah dan tetamu khas bersempena dengan majlis itu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment