Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 January, 2012

PPWS Kampung Jalan Sual, Simunjan aktif


Caption: CERIA...Wong (tengah) bersama ahli PPWS Kampung Jalan Sual, Simunjan merakamkan gambar kenangan ketika berlangsungnya program berkenaan.

SIMUNJAN, Sabtu (7 Jan) – Penganjuran Program Karnival Rakyat Kawasan Parlimen P.200 Batang Sadong baru-baru ini nyata dimeriahkan lagi dengan pembabitan Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) cawangan Kampung Jalan Sual, Simunjan.

PPWS cawangan Kampung Jalan Sual, Simunjan yang diketuai oleh Wong Hui Ling selaku pengerusi dengan 20 orang ahlinya telah meraikan program yang berlangsung di Dewan Mesra, Majlis Daerah Simunjan berkenaan.

Wong ketika ditemui memberitahu pembabitan PPWS Jalan Sual, Simunjan, dalam program berkenaan adalah merupakan salah satu usaha mereka untuk turun padang menjayakan perlaksanaan program kerajaan dari masa ke semasa.

“PPWS cawangan Kampung Jalan Sual, Simunjan kini sudah pun mempunyai sejumlah 40 orang ahli dari sekitar kawasan penempatan dalam lingkungan pentadbiran PPWS kami ini.

“Justeru PPWS cawangan Kampung Jalan Sual, Simunjan telah merancang beberapa aktiviti sebagai usaha untuk menarik minat penyertaan lebih ramai ahli-ahli baru di masa akan datang,” katanya.

Selain itu Wong juga mengucapkan terima kasih kepada PPWS Daerah Simunjan kerana telah menjemput mereka untuk sama-sama menyertai aktiviti demonstrasi masakan pada program itu.

Penglibatan PPWS Kampung Jalan Sual dalam aktiviti seperti itu jelas beliau akan memberi peluang kepada para ahlu untuk mencari pengalaman dalam pengendalian aktiviti sosial selepas ini.

Terdahulu program yang telah berjaya menarik penyertaan seramai 3,000 orang pengunjung ke pameran, seminar, jualan dan banyak lagi itu telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Batang Sadong, Hajah Nancy Syukri.

Tamat.

No comments:

Post a Comment