Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 January, 2012

JKKK Tanjung Engkabang, Sri Aman tubuh Pasukan Bomba Sukarela untuk tangani kebakaran

Caption: UNTUK ALBUM...Ricardo (duduk dua kanan) sambil diapit oleh Mashore (kanan), Penghulu Haji Salleh (kiri) ketika bergambar kenangan sebelum bermulanya sesi taklimat di sini kelmarin.

SRI AMAN, Isnin (16 Jan) – Aspek langkah keselamatan terhadap kemungkinan berlakunya kejadian kebakaran perlu dititikberatkan dalam semua Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Sri Aman.

Atas sebab ini JKKK Tanjung Engkabang telah bertindak menubuhkan Pasukan Bomba Sukarela untuk tujuan tindakan awal ketika berlakunya kejadian kebakaran di penempatan mereka dari masa ke semasa.

Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela JKKK Tanjung Engkabang, Mas Mashore Haji Maslem ketika ditemui berkata seramai 20 orang penduduk sudah pun menyertai pasukan ini semenjak ia ditubuhkan pada 26 September tahun lepas.

“Penubuhan pasukan ini bukanlah hanya untuk JKKK Tanjung Engkabang sahaja malah turut dibuka kepada semua penduduk dalam kawasan Sri Aman yang mahu menjadi ahli pasukan ini.

“Justeru mereka yang berminat untuk menyertai Pasukan Bomba Sukarela JKKK Tanjung Engkabang boleh menghubungi saya di talian 013-5798912 untuk tujuan pertanyaan lanjut,” kata beliau.

Penubuhan Pasukan Bomba Sukarela JKKK Tanjung Engkabang kata Mashore juga secara tidak langsung akan membantu Jabatan Bomba Dan Penyelamat Bahagian Sri Aman untuk menjaga kemudahan pili paip bomba di sini pada masa akan datang.

Beliau turut menambah bahawa penubuhan pasukan terbabit juga akan membolehkan mereka menyampaikan nasihat kepada penduduk setempat mengenai langkah keselamatan dan bahaya mengenai kebakaran.

Terdahulu kesemua anggota pasukan terbabit telah hadir pada sesi taklimat yang disampaikan oleh Yusof Tamin dan Abdul Malek dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Bahagian Sri Aman di sini kelmarin.

Hadir sama pada sesi taklimat itu ialah Pegawai Perpaduan Dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman, Richardo Dorlen, Penghulu Haji Abang Mohd Salleh dan ahli jawatankuasa persatuan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment