Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 January, 2012

Sarawak maju hasil sokongan padu rakyat - Rayong


Caption: TERIMALAH...Rayong (kiri) menyerahkan cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar kepada Guru Besar SK Ijok sambil disaksikan oleh Nyalau (tengah) pada majlis itu kelmarin.

ENGKILILI, Selasa (10 Jan) – Perubahan ketara dari segi pembangunan yang berlaku di negeri Sarawak pada masa sekarang adalah merupakan hasil sokongan padu rakyat terhadap kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa berkata demikian ketika berucap pada  Majlis Perpisahan Dan Selamat Datang Guru Besar di Sekolah Kebangsaan (SK) Empelam, Engkilili, kelmarin.

Katanya sokongan yang diberikan oleh rakyat terhadap BN membolehkan kerajaan melaksanakan pelbagai jenis projek pembangunan demi menaiktaraf hidup mereka bermula dari dahulu hingga sekarang.

“Saya juga yakin bahawa projek pembangunan di kawasan luar bandar  dalam negeri ini akan dapat diteruskan dengan penuh lancar jika rakyat berdiri teguh di belakang kerajaan BN

“Justeru saya menasihatkan semua rakyat khas dari kawasan luar bandar Engkilili untuk terus mengekalkan semangat seperti itu demi kebaikan anak cucu mereka pada masa akan datang,” katanya.

Selain itu sokongan mereka selama ini juga membuktikan bahawa mereka masih memerlukan perhatian kerajaan bagi tujuan naiktaraf kemudahan infrastruktur, perhubungan, pembekalan elektrik dan air bersih dalam kawasan masing-masing.

“Oleh itu saya menasihatkan semua rakyat untuk memberi sokongan padu kepada pada calon BN yang akan mengibarkan bendera BN pada pilihan umum akan datang,” menurut beliau.

Terdahulu Majlis Perpisahan Dan Selamat Datang Guru Besar di Sekolah Kebangsaan (SK) Empelam, Engkilili ini telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu iaitu William Nyalau Badak.

Nyalau dan Rayong menerusi majlis itu juga telah diberi penghormatan untuk menyaksikan upacara serah tugas antara bekas Guru Besar SK Empelam Ario Nasa kepada Guru Besar baru  Hillary Bajau anak Usin.

Tamat.

No comments:

Post a Comment