Caption: KOTOR...Gambar menunjukkan penapis air yang kotor disebabkan oleh kualiti bekalan air yang kurang baik disalur terhadap kawasan Taman Siang selama ini. (pilih mana gambar yang sesuai)
SRI AMAN, Rabu (11 Ogos) – Penduduk Taman Siang kini sedang dilemma berhubung masalah kualiti bekalan air paip rumah mereka yang sering kotor dan keruh semenjak beberapa tahun yang lepas.
Justeru penduduk di kawasan berkenaan meminta jasa baik pihak berkuasa tempatan untuk memeriksa masalah kekotoran bekalan air di rumah mereka demi kebaikan semua pihak selepas ini.
“Masalah ini sudah amat lama. Kami, penduduk Taman Siang terpaksa menggunakan penapis air yang dipasang pada pili paip untuk menapis air bagi kegunaan kami seisi keluarga.
“Air kotor tidak diguna untuk tujuan minum, membasuh, mandi dan sebagainya. Maka diharap agar pihak berkuasa tempatan dapat mendengar masalah penduduk Taman Siang berhubung isu terbabit selepas ini,” kata seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ken ketika menghubungi Utusan Sarawak hari ini.
Katanya beliau sekeluarga terpaksa menukar penapis air di rumah sebanyak tiga kali setahun bagi membolehkan mereka mendapat bekalan air yang bersih dari masa ke semasa.
Malahan beliau yakin bahawa penduduk Taman Siang tidak akan dapat bertahan dengan senario seumpama itu selagi pihak berkuasa tempatan tidak mengambil langkah segera untuk memantau masalah terbabit.
“Adakalanya air yang disalurkan oleh paip amat bersih walaupun ia meninggalkan sejumlah pasir pada alat penapisan air kotor di rumah kami. Bagaimanapun kelebihan itu tidak dapat mengurangkan rasa dilemma penduduk Taman Siang.
“Apakah projek pengantian semula saluran paip air di Bandar Sri Aman akan dapat menukar masalah ini pada masa akan datang? Harapan kami bergantung sepenuhnya kepada projek terbabit selepas ini,” menurut beliau.
Tamat.
No comments:
Post a Comment