Caption: UNTUK ALBUM...Phang (duduk tengah) ketika bergambar kenangan bersama para peserta Sesi Perkembangan Profesionalisme Keguruan di Dewan Suarah Sri Aman.
Lucy Choo, SMK Saint Luke, Sri Aman
SRI AMAN, Selasa (24 Ogos– Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Sri Aman dengan kerjasama Pasukan Petugas Khas Guru Cemerlang (PPKGC) Sri Aman telah mengadakan Sesi Perkembangan Profesionalisme Keguruan di Dewan Suarah Sri Aman baru-baru ini.
Sesi ini telah disertai oleh 160 orang pegawai pejabat pelajaran daerah, para pengetua sekolah menengah, guru besar, penolong kanan, ketua bidang, ketua panitia dan guru-guru cemerlang dari sekitar daerah Sri Aman dan Lubok Antu.
Jurucakap penganjur ketika ditemui memberitahu sesi ini bertujuan untuk mempertingkatkan tahap profesionalisme pendidikan dikalangan para guru khas di kawasan Bahagian Sri Aman.
Perkembangan dunia Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) menurut beliau menyebabkan warga pendidik perlu menguasai kemahiran teknologi terbabit bagi memacu tahap pendidikan di Sri Aman ke tahap yang lebih tinggi dari masa ke semasa.
“Sesi Perkembangan Profesionalisme Keguruan ini juga membolehkan para peserta berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan mengenai pelbagai keadah bagi mempertingkat taraf profesional perguruan masing-masing.
“Justeru diharap agar ilmu dan maklumat terkini yang diperoleh menerusi sesi selama satu hari berkenaan dapat membantu warga pendidik kita untuk menyumbang ke arah penghasilan modal insan berkualiti kelas pertama selepas ini,” katanya.
Terdahulu Guru Cemerlang Gred Khas C dari Kolej Datuk Patinggi Abdillah, Kuching iaitu Phang Sin Nan telah dijemput bagi mengendalikan Sesi Perkembangan Profesionalisme Keguruan berkenaan.
Beliau menerusi sesiberkenaan menyentuh tentang beberapa perkara penting serta relevan dikalangan setiap pendidik yang berkaitrapat dengan hal ehwal komunikasi dan teknik menyoal.
Phang yang kini mengajar matapelajaran Fizik di Kolej Datuk Patinggi Adbillah, Kuching juga banyak berkongsi pengalaman menarik sambil menayangkan banyak video bagi meningkatkan daya kreativiti para peserta.
Menerusi tajuk sesi iaitu Isu dan cabaran: The Delivery process in the Classroom, Phang yang pernah menerima banyak anugerah inovasi dalam matapelajaran Sains dan Matematik di peringkat negeri atau kebangsaan sejak tahun 1995 mahu peserta mencuba sesuatu yang baru bagi memberi kesan positif terhadap sesi pembelajaran pelajar di kelas.
Tamat
Professional kah?
ReplyDelete