Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 August, 2010

Berpuasa di perantauan orang


Caption: TETAP PUASA JANJI ROCK!!Nasir tetap bekerja di bawah panas terik matahari walaupun ketika berlangsungnya sambutan Bulan Ramadan di Bandar Sri Aman. (pilih mana pic yang sesuai).

SRI AMAN, Khamis (12 Ogos) – Bulan Ramadan akhirnya menjelma kembali. Sudah semestinya sambutan Bulan Ramadan Al Mubarak ini menjadi rahmat bagi setiap muslim yang dapat ‘bersungkei’ (berbuka puasa) atau sahur bersama ibubapa dan adik beradik masing-masing ketika berada di rumah.

Bagaimanapun bersungkei atau bersahur secara seorang diri mungkin sudah menjadi lumrah kehidupan bagi seorang muslim yang terpaksa di berada perantauan orang demi kerana sesuap nasi.

Untuk itu Utusan Sarawak berkesempatan menemubual Nasir bin Abdullah, 23, dari Kuching yang kini bekerja sebagai seorang mekanik di sebuah bengkel milik syarikat International, Jalan Hospital Sri Aman.

Pemuda kelahiran Sri Aman yang menetap di Kuching sebelum itu telah pun mengambil keputusan meninggalkan keluarganya untuk bekerja sebagai seorang mekanik di bandar Sri Aman semenjak lima tahun lepas.

“Pada mulanya saya terasa amat janggal dan kesunyian ketika buat pertama kalinya melaksanakan ibadah puasa semenjak meninggalkan keluarga saya demi mencari sesuap nasi di sini.

“Saya terpaksa berdikari sendiri untuk memasak makanan saya sendiri sekitar jam 4 pagi sebelum turun bekerja ke bengkel pada jam 7.30 pagi ketika berlangsungnya sambutan Bulan Ramadan di bandar ini. Mula-mula agak susah tapi kini saya sudah biasa,” katanya.

Pada waktu sebelah petang pula, Nasir berpeluang untuk berkunjung ke Bazaar Ramadan yang berdekatan di bandar ini untuk membeli makanannya sendiri memandangkan memasak sendiri setelah tamat waktu bekerja adalah perkara yang amat melecehkan.

Namun begitu pemuda bujang menganggap ibadah berpuasa ini sebagai satu rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh semua muslimin dan muslimin ketika berlangsungnya Bulan Ramadan tanpa mengira dimana-mana mereka berada.

“Jauh dari keluarga bukan alasan untuk saya tidak mahu berpuasa kerana berasa keseorangan. Paling penting ialah kita orang Islam wajib menunaikan ibadah puasa walaupun bekerja di perantauan orang,” menurut beliau.

Nasir turut menambah bahawa beliau kini berasa cukup selesa bekerja di Sri Aman dan belum menyimpan sebarang niat untuk pulang ke kampung halaman asalnya di Kuching bagi mencari pekerjaan baru.

“Bulan Ramadan memberi banyak rahmat kepada semua orang muslim. Saya bersyukur kerana masih dapat melaksanakan ibadah puasa seorang diri walaupun rezeki hidup saya berada di bandar ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment