Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 August, 2010



Caption: TURUN PADANG...Razi (baju putih) ketika membantu pihak bomba membersihkan kawasan parit pada aktiviti gotong-royong berkenaan kelmarin.


DEBAK, Rabu (9 Ogos) – Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan Saribas dengan kerjasama Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Debak, KEMAS, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Majlis Daerah Betong telah menganjurkan Program Gotong-Royong Perdana di sini kelmarin.


Ketua Pergerakan Pemuda PBB Adun N.30 Saribas, Ricky Mohammad Razi Sitam berkata sebanyak lapan buah kampung terlibat di dalam aktiviti gotong-royong ini antaranya ialah Kampung Bungey Hulu, Kampung Bungey Hilir, Kampung Babu Hulu, Kampung Babu Hilir, Kampung Lalang Hulu, Kampung Lalang Hilir, Kampung Debak Laut Hulu dan Kampung Debak Laut Hilir.

“Gotong royong ini merupakan satu salah satu daripada tanggungjawab sosial kita kepada masyarakat setempat. Ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya tanggungjawab kita dalam menjaga kebersihan persekitaran kampung masing-masing dari masa ke semasa.

“Dengan adanya usaha seperti ini pihak kita berharap agar masyarakat selamat serta beas daripada ancaman penyakit berbahaya seperti demam denggi yang berpunca daripada nyamuk Aedes,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan.

Selain itu idea perlaksanaan aktiviti gotong-royong terbabit kata Razi timbul ekoran timbulnya masalah peningkatan kematian orang ramai akibat penyakit Demam Denggi yang kian membimbangkan pada masa sekarang.

Justeru Pergerakan Pemuda PBB Saribas katanya telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan gotong royong secara besar-besaran melibatkan kesemua lapan buah kampong Melayu di daerah kecil Debak, Betong.

“Tindakan mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Dengan ini diharapkan agar aktiviti gotong-royong berkenaan dapat memupuk kesedaran dikalangan masyarakat tempatan selepas ini,” katanya yang juga Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Debak.

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan Dauk Seri Liow Tiong Lai telah mengarahkan semua hospital dan klinik dalam negara ini untuk memantau rawatan penyakit demam denggi dengan lebih berhati-hati ekoran jumlah kematian akibat denggi terus yang meningkat kepada 93 kes bagi tahun ini berbanding 67 kes bagi tahun lepas.

Kempen gotong-royong yang membabitkan penyertaan seramai 500 penduduk di lapan buah lokasi dalam kawasan Debak berkenaan telah bermula dari jam 2.30 petang dan berakhir jam 6 petang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment