Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 August, 2010

Jarak perjalanan jauh bukan penghalang untuk ke sekolah


Caption: UNTUK KENANGAN...Nyalau (dua kiri) bersama Rayong (tengah) dan Mujah (depan dua kanan) bergambar kenangan sebaik sahaja tiba di lokasi program.


ENGKILILI, Rabu (18 Ogos) – Jarak perjalanan yang jauh di antara sekolah dan rumah panjang tidak harus dijadikan sebagai alasan oleh ibubapa dari kawasan Ulu Skrang, Engkilili untuk tidak mahu menghantar anak-anak ke institusi pendidikan berkenaan selepas ini.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak berkata terdapat segelintir ibubapa yang enggan menghantar anak-anak untuk belajar ke sekolah disebabkan jaraknya yang terlalu jauh dari rumah mereka sebelum itu.

“Zaman sekarang menuntut anak-anak untuk menguasai ilmu pengetahuan yang luas. Dengan kata lain jarak perjalanan ke sekolah sama ada jauh atau dekat tidak harus dijadikan sebagai batu penghalang untuk tujuan itu.

“Bayangkan kami dahulu juga harus berjalan kaki selama berjam-jam untuk sekolah dan ramai diantara kami yang berjaya mencapai kejayaan dalam hidup pada masa sekarang. Jika ibubapa mengerti perkara ini maka mereka akan bertindak lebih serius untuk menghantar anak-anak ke sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Merarau (Makan Tengahari) Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Menyuau, Ulu Skrang, Engkilili, baru-baru ini.

Selain itu Nyalau juga menasihat penduduk di kawasan pedalaman untuk tidak memburuk-burukkan kerajaan sekiranya projek pembangunan yang sedang dilaksanakan di sesuatu tempat mengalami sedikit kelewatan.

“Kerajaan sentiasa prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk sama ada dari segi sosioekonomi mahupun kualiti hidup masing-masing tanpa adanya golongan yang terpinggir dalam arus pembangunan negeri.

“Justeru terdapat sedikit kelewatan dalam perlaksanaan sesebuah projek di kawasan ini maka saya berharap agar penduduk bersabar dan tidak mudah melenting disebabkan oleh perkara terbabit,” menurut beliau.

Nyalau pada majlis itu mengumumkan peruntukkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM,000 kepada Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Menyuau.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa, Pegawai Daerah Lubok Antu, Nelson Mujah Girie, Pegawai Penerangan Parlimen JASA P.203 Lubok Antu, Geoffery Baja anak Ricky Maba dan ketua kaum dari kawasan Skrang.

Tamat....

No comments:

Post a Comment