Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 August, 2010

Hari Keluarga Simunjan meriah



Caption:

1. KECERGASAN...Penduduk Taman Hijrah ketika mengikuti senamtari yang menjadi acara pembuka tirai untuk program berkenaan.

2. BERENTAP...Antara gelagat penduduk ketika menyertai acara ‘Musang Berjanggut’ iaitu mengasingkan bahan masakan dalam yang tapak disediakan.

SIMUNJAN, Khamis (12 Ogos) – Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Taman Hijrah, Simunjan dengan kerjasama penduduk di situ telah menganjurkan Program Hari Keluarga 2010 di sini baru-baru ini.

Program Hari Keluarga 2010 yang melibatkan penyertaan hampir 200 orang penduduk Taman Hijrah, Simunjan itu telah berlangsung di perkarangan padang letak kereta Masjid Baru, Simunjan.

Pengerusi penganjur, Khalik bin Marzuki ketika ditemui memberitahu Program Hari Keluarga 2010 ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara penduduk sejajar dengan perlaksanaan konsep Gagasan 1Malaysia sebelum ini.

“Perlaksanaan konsep Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dijayakan oleh seluruh golongan lapisan rakyat dalam negara ini.

“Justeru ranting PBB Taman Hijrah, Simunjan, telah menganjurkan Program Hari Keluarga 2010 berkenaan dengan sasaran untuk mewujudkan kesedaran rakyat dalam menjayakan perlaksanaan konsep Gagasan 1Malaysia selepas ini,” menurut beliau.

Selain itu Program Hari Keluarga 2010 ini kata Khalik juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan tali silaturrahim di antara keluarga di samping menyemai semangat kerjasama, tolong-menolong serta saling hormat-menghormati di kalangan semua pihak di masa akan datang.

Terdahulu Setiausaha Majlis Daerah Simunjan, Hajah Nurhalimah Hajah Hilmi selaku mewakili Ahli Parlimen Simunjan, Hajah Nancy Shukri untuk merasmikan program itu berharap agar aktiviti berkenaan dijadikan sebagai acara tahunan selepas ini.

Beliau memberi jaminan bahawa pihak kerajaan akan sedia membantu dalam menjayakan aktiviti kesihatan seumpama itu demi mewujudkan golongan rakyat proaktif dan cergas di masa akan datang.

Nurhalimah pada majlis perasmian Program Hari Keluarga 2010 berkenaan juga turut menyempurnakan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang kanak-kanak dan dewasa yang melibatkan diri dalam 13 buah acara yang dipertandingkan pada program itu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment