Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 August, 2010

Lagi 1,500 bubur lambok diagih kepada penduduk


Caption: SIMBOLIK...Shamshuddin (tengah) sambil diapit oleh Yusli (kanan) dan Felicia ketika bersama wakil jabatan kerajaan untuk menyempurnakan simbolik pengagihan bubur lambok kelmarin.


SRI AMAN, Sabtu (21 Ogos) – Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPIN) Bahagian Sri Aman telah dipertanggungjawab untuk mengagihkan sebanyak 1,500 buah bungkusan bubur lambok kepada penduduk menerusi Program Mega Bubur Lambok 2010 kelmarin.

Program Mega Bubur Lambok yang pernah diadakan buat kali pertama pada 13 Ogos lepas itu adalah merupakan hasil buah fikiran Pejabat Residen Bahagian Sri Aman dengan anjuran bersama beberapa buah agensi, jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam bandar Sri Aman.

Bermula pada jam 3 petang di Taman Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman, kesemua penduduk yang hadir diminta mendapatkan kupon sebelum mereka berpeluang untuk mendapatkan bubur lambok secara percuma terbabit.

Residen Bahagian Sri Aman telah diberi penghormatan untuk menyempurnakan simbolik pengagihan bubur lambok sambil disaksikan oleh Timbalan Residen Sri Aman, Felicia Tan, Pegawai JPIN Bahagian Sri Aman, Mohd Yusli Nasir, ketua jabatan serta ketua kaum dari bandar ini.

Terdahulu Shamshuddin ketika ditemui memberitahu program berkenaan bertujuan untuk mempromosi agensi kerajaan dan NGO yang terdapat di bandar Sri Aman terhadap penduduk.

“Hari ini pihak PIT Sri Aman telah diberi mandat untuk mengagihkan kesemua ,1500 buah bungkusan bubur lambok kepada penduduk dalam bandar ini bermula dari jam 3 petang hingga 5 petang.

“Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Sri Aman akan dipertanggungjawab bagi aktiviti yang sama pada 27 Ogos ini di Taman Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman bermula dari jam 3 petang hinga 5 petang,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa pihak Majlis Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Kemajuan Masyarakat, Jabatan Agama Islam Bahagian Sri Aman akan mengagihkan bubur lambok menerusi program itu di persimpangan Jalan Temudok, Sri Aman pada 3 September ini bermula dari jam 3 petang hingga 5 petang.

Terdahulu Program Mega Bubur Lambok 2010 ini menyaksikan pengagihan sejumlah 900 buah bungkusan Bubur Lambok untuk kegunaan anggota Pasukan Gerakan Am, Batalion Ke-10, Kompeni C, Kem Temudok yang bertugas dalam sempadan Malaysia – Indonesia di Lubok Antu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment