Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 August, 2010

Paip bocor di Jalan Bebanggai, Betong perlu dibaiki


Caption: PERLU DIPERBAIKI...Gambar menunjukkan keadaan paip yang bocor berdekatan Jalan Bebanggai, Betong.


BETONG, Selasa (17 Ogos) – Pembaziran perlu dielakkan baik terhadap harta benda milik penduduk itu sendiri mahupun terhadap harta benda milik kerajaan terutama sekali yang berkait rapat dengan aspek kemudahan asas penduduk.

Justeru penduduk di kawasan Jalan Bebanggai, Betong mahu pihak berkuasa tempatan untuk membaiki segera paip air yang telah bocor sebelum berlangsungnya Program Senada Sejiwa di situ pada 23 Julai lepas.

Seorang blogger dari Betong hari ini melaporkan bahawa paip bocor yang terletak berdekatan dengan simpang jalan masuk Kampung Baru Betong itu merupakan sambungan paip utama dari takungan air Sungai Lubau ke Betong.

“Saya sempat menghubungi pegawai jabatan yang mempunyai kaitan dengan masalah ini untuk mengajukan masalah berkenaan dan menemui mereka semula di kaunter program Senada Sejiwa Betong 2010 untuk tujuan yang sama.

“Bagaimanapun pihak terbabit memberitahu saya bahawa kesibukan mengurus kaunter jabatan ketika berlangsungnya program berkenaan menyebabkan mereka belum mempunyai masa untuk meninjau masalah terbabit,” menurut beliau.

Beliau kemudiannya memberitahu terus meluangkan masa untuk menghubungi pihak pegawai jabatan terbabit namun usaha berkenaan nyata tidak diperdulikan oleh pihak tersebut.

Sehingga kini masalah tersebut kata beliau masih lagi berlaku dan paip terbabit terus bocor sehingga menyebabkan pembaziran air berlaku oleh kerana tiada tindakan susulan yang diambil oleh berkenaan.

“Bezanya sekaranya ini ialah air tidak lagi memancut dari paip bocor berkenaan sebaliknya hanya ditutupi dengan kayu. Mungkin ia salah satu langkah untuk menyelesaikan masalah terbabit atau perkara sebaliknya selepas ini,” menurut beliau.

Justeru blogger berkenaan mahu pihak berkuasa tempatan untuk menyelesaikan segera masalah ini untuk mengelakkan lebih banyak pembaziran air yang seterusnya boleh memberi impak terhadap tekanan air paip penduduk di masa akan datang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment