Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 January, 2012

Pemerindang Recording Studio Sri Aman lancar album sulung - Jones M







Caption:

1. UNTUK ALBUM...Marjory (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Jones (dua kiri) dan tetamu khas yang lain ketika berlangsungnya majlis berkenaan baru-baru ini.

2. RASMI...Marjory sedang memotong tali ikatan belon sebagai simbolik perasmian majlis sambil disaksikan oleh tetamu khas pada majlis itu.

3. MASIH BERTENAGA...Artis rakaman Iban veteran iaitu Christopher Kerry Landong sedang mempersembahkan lagu sambil diiringi oleh Jones selaku pemain keyboard ketika berlangsungnya majlis itu.

4. TIDAK KETINGGALAN...Penyampai radio dari Bahagian Iban RTM Sri Aman iaitu Edwin Nanggah juga tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan lagu sambil diiringi oleh Jones (belakang) dan Maxwell Harold Selamat pada majlis itu.

5. TUNJUK KEBOLEHAN...Artis rakaman Iban popular iaitu Rozilawati sedang menyampaikan lagu ketika berlangsungnya majlis berkenaan.

6. PROMOSI...Jones (kiri) sedang mempersembahkan lagu Dara Gila Kerepai dengan bermain keyboard sambil diiringi dengan mainan gitar oleh penyampai radio dari Bahagian Iban RTM Sri Aman iaitu Edwin Nanggah pada majlis itu.

7. PENGHARGAAN...Jones (kiri sekali) ketika sedang menyampaikan kata aluan pada majlis pelancaran album solo beliau sambil disaksikan oleh tetamu khas yang lain ketika berlangsungnya majlis itu.

8. MENARIK...Gambar menunjukkan muka hadapan kulit album MTV Iban Karaoke : Jones M yang sudah pun berada di pasaran sekarang.

Syarikat rakaman lagu terbaru dari Bandar Sri Aman iaitu Pemerindang Recording Studio telah melancarkan album sulung pertama mereka yang menampil Jones M sebagai artis rakaman pertama mereka.

Dengan album berjudul MTV Iban Karaoke: Jones M, album sulung syarikat berkenaan nyata menampilkan sejumlah 10 buah lagu menarik yang sememangnya bakal memikat hati peminat industri lagu Iban tempatan di negeri ini.

10 buah lagu yang dimuat dalam album ini ialah Dara Bajik, Nama Kabuah Sulu Berubah, Dara Gila Kerepai, Pesan Nuju Indu, Nadai Guna Beraie, Dara Tampun Puji, Mira, Rozalia, Tusah Ku Ngira dan Joget Nadai Power.

“Kesemua lagu dalam album ini menampilkan muzik jenis Slow Rock, Blues, Dangdut, Joget dan A Go Go dengan saya, Jesley Jabu dan Patrick Jamba Jawa menjadi pengubah lagu berkenaan.

“Antara lagu yang dijangkakan hit menerusi album ini ialah Dara Tampun Puji, Dara Gila Kerepai, Joget Nadai Power, Dara Bajik, Pesan Nuju Indu dan Nama Kebuah Sulu Berubah,” kata Jones ketika ditemui Utusan Sarawak.

Justeru Jones berharap agar peminat lagu Iban tempatan memberi sokongan terhadap album terbitan pertama Pemerindang Recording Studio ini dengan membeli album yang tulen dan bukannya cetak rompak.

“Album ini nyata mendapat sambutan amat memberangsangkan daripada penduduk semenjak ia mula berada di pasaran pada pertengahan bulan Disember lepas...terima kasih saya ucapkan kepada mereka berhubung sokongan berkenaan,” katanya.

Terdahulu pihak Pemerindang Recording Studio telah mengadakan majlis pelancaran album MTV Iban Karaoke : Jones M bertempat di Restoran Alisan Sri Aman baru-baru ini.

Hadir sama ialah Jurutera Bekalan Air JKR Sri Aman, Oliver Ngabong, Pengurus Dewan Suarah Sri Aman, Nelson Jinn, pemilik Pemerindang Recording Studio, Marjory Augustine, pemilik Restoran Alisan Sri Aman, Augustine Sait, ahli Kelab Ek EK Sri Aman dan artis rakaman tempatan yang lain.

Majlis dimulakan dengan upacara memotong tali belon sebagai simbolik perasmian majlis sambil diikuti dengan sesi jamuan makan malam, persembahan nyanyian lagu dan banyak lagi.

Terdahulu Jones M atau nama penuhnya Jones Mukan juga pernah diundang untuk mempersembahkan lagu ketika berlangsungnya Program Rakaman Pentas Krismas di Mini Stadium Sri Aman pada 17 Disember lepas.

Populariti beliau mula meningkat apabila lagu beliau berjudul Dara Bajik, Dara Gila Kerepai dan Dara Tampun Puji sering berkumandang di corong radio RaSA FM selama ini.

Tamat.

2 comments:

  1. thumb up!! lepas ni semua artis yg berasal dari sri aman boleh la bernaung di Pemerindang studio. xperlu rakam album jauh2, sri aman pun ada dh skrg...

    ReplyDelete
  2. anang simakanyak kaban

    ReplyDelete