Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

29 July, 2011

Kho Chee Hui sapu habis tiga kategori Pertandingan Fotografi Pesta Benak Sri Aman 2011



Caption: TAHNIAH...Rahman (duduk dua kiri), Irwandee (duduk kiri sekali) dan Felicia (duduk dua kanan) ketika merakamkan gambar kenangan bersama para pemenang.


SRI AMAN, Khamis (28 Julai) – Kho Chee Hui telah mengondol habis ketiga-tiga kategori Pertandingan Fotografi Pesta Benak Sri Aman 2011 yang berlangsung dari 1 hingga 4 Julai lepas.

Khoo yang berasal dari Kuching telah memenangi Kategori Photo Journalism, Night Photography dan Nature yang diadakan dalam Pertandingan Fotografi Pesta Benak Sri Aman 2011 berkenaan.

Kemenangan ini membolehkan Kho membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM800 dan sijil bagi tiap-tiap kategori pertandingan yang telah dimenangi oleh beliau.

Manakala itu empat hadiah saguhati (bernilai RM50 dan sijil untuk setiap saguhati) yang ditawarkan dalam Kategori Photo Jounarlism terbabit juga telah digondol Kho.

Kho juga turut mengondol tiga hadiah saguhati dalam Kategori Night Photography dan Kategori Nature dengan Liew Saw Bui dari Sri Aman memperoleh satu hadiah saguhati bagi kategori yang sama serta Tan Khim Jen untuk Kategori Nature.

Kesemua hadiah bagi juara dan pemenang saguhati Pertandingan Fotografi Pesta Benak Sri Aman 2011 ini telah disampaikan oleh Residen Bahagian Sri Aman iaitu Abdul Rahman Sebli bin Sanusi.

Terdahulu Jurutera Bahagian, Jabatan Pengairan dan Saliran Sri Aman, Irwandee Reduan ketika berucap pada majlis itu memberitahu pihaknya telah menerima sejumlah 96 buah penyertaan bagi pertandingan itu.

“Kita telah menerima sejumlah 50 buah penyertaan untuk Kategori Photo Journalism, 23 buah penyertaan untuk Night Photography dan 23 buah penyertaan untuk Kategori Nature.

“Peminat fotografi boleh berkunjung ke Galeri Taman Panorama Benak dan Pejabat Residen Sri Aman untuk menyaksikan semua gambar yang dimenangi oleh peserta bagi pertandingan terbabit selama sebulan bermula dari 4 Ogos ini,” katanya.

Hadir sama bagi menyaksikan menyaksikan majlis penyampaian hadiah kepada juara dan pemenang hadiah saguhati bagi pertandingan ini ialah Timbalan Residen Bahagian Sri Aman, Felicia Tan.

Tamat

5 comments:

  1. keputusan yg pelik....1 org dpt sapu habis juara keseluruhan...next year ramai2 kita boikot foto contest..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju..2012 tk mls mok join

      Delete
  2. harap...penganjur fikir2 lah patut ke tidak seorang boleh champion semua kategori, contest ni bukan free, semuanya berbayar..sungguh tidak profesional juri2

    ReplyDelete
  3. utk kaum die je laa die bg menang

    ReplyDelete
  4. utk 2012, syarat diubah, 1 org menang 1 hadiah.. apa kes? dlk dah kenak boikot br nampak kelemahan diri.. beri gk semua hadiah ngan 1 pemenang.. hampa ngan sikap profesionalisme juri2

    ReplyDelete