Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

01 July, 2011

Hari pertama sambutan Pesta Benak Sri Aman 2011 meriah








Caption:

1. MERIAH...Penduduk sedang membajiri tapak Bazaar Ria ketika berlangsungnya sambutan hari pertama Pesta Benak Sri Aman 2011.

2. TIDAK SABAR...Penduduk sedang menunggu di Taman Tebingan Sungai Batang Lupar untuk menyaksikan acara Lumba Enjin Pam di Sungai Batang Lupar.


SRI AMAN, Jumaat (1 Julai) – Ribuan orang pengunjung membanjiri kawasan tapak penganjuran sambutan Pesta Benak Sri Aman 2011 bagi hari pertama sambutan pesta berkenaan mulai jam 8 pagi hari ini.





Tinjauan rambang Utusan Sarawak mendapati bahawa majoriti pengunjung membanjiri kawasan Gerai Bazaar Ria yang menawarkan pelbagai produk makanan, kraftangan, aksesori dan pakaian menarik untuk pengunjung sempena sambutan Pesta Benak mulai hari ini hingga 4 Julai kelak.





Dengan hujan renyai melanda di bandar Sri Aman awal pagi tadi, sambutan hari pertama Pesta Benak Sri Aman 2011 sudah tampak kemeriahannya walaupun majoriti penduduk masih kerja dan waktu persekolahan masih berjalan hari ini.





Rata-rata pengunjung yang membanjiri kawasan penganjuran Pesta Benak Sri Aman 2011 ini adalah merupakan pengunjung luar dan penduduk luar bandar yang bukan bekerja di jabatan kerajaan dalam bandar ini.





Lagipun acara Regatta belum bermula secara rasminya pada hari pertama sambutan Pesta Benak memandangkan kesemua acara utama dalam pertandingan Regatta akan mula melabuhkan tirai bermula 2 Julai hingga 4 Julai kelak di Sungai Batang Lupar Sri Aman.





Seorang pengunjung yang hanya dikenali sebagai Roland Manggie dari Taman Bayu ketika ditemui menjelaskan bahawa beliau hanya mahu menyaksikan pertandingan Regatta pada sambutan Pesta Benak hari ini.





“Saya fikir ia bermula hari ini. Namun setelah diberitahu oleh petugas Pesta Benak maka barulah saya sedar bahawa Pertandingan Regatta akan bermula secara rasminya pada hari Sabtu.










“Tapi saya tidak kisah mengenai perkara ini. Terdapat banyak aktiviti yang berlangsung pada hari pertama sambutan Pesta Benak Sri Aman 2011 bersama anak-anak dan saudara mara saya,” katanya.





Seorang lagi pengunjung, Ebit Seng, 30, dari Melugu berpendapat bahawa Bandar Sri Aman akan dibanjiri ribuan pengunjung pada hari Jumaat hingga Ahad ini berdasarkan kepada hari cuti umum dikalangan penduduk.





“Ini biasa berlaku. Apabila hari sambutan Pesta Benak jatuh pada hari cuti umum maka para pengunjung akan berpeluang membawa ahli keluarga dan sahabat handai masing-masing untuk menyaksikan pesta tersebut,” katanya.





Terdahulu sambutan bagi hari pertama penganjuran Pesta Benak Sri Aman 2011 telah diserikan dengan pelbagai buah aktiviti untuk semua pengunjung yang datang ke Bandar Sri Aman hari ini.





Antaranya ialah Bazaar Ria, Pameran Dan Promosi Produk (GLC dan Swasta), Gerakan Usahawan, Pameran Benak, Pertandingan Petanque, acara Lumba Enjin Pam / Bot Laju, Saringan Benak Idol 2011, Pertandingan Tarian Hip Hop 1Malaysia, Pertandingan Fotografi Benak, Sayembara Deklamasi Puisi Benak, Malam Kebudayaan Dan Kesenian, saringan Miss Tourism Benak 2011.





Aktiviti utama iaitu Majlis Pelancaran Pesta Benak akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Haji Mohammad Salahuddin pada esok hari (2 Julai) bermula jam 10 pagi sambil disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang.





Tamat.

No comments:

Post a Comment